29 August 2019

Tiada semangat menulis blog

Selamat sejahtera kepada semua.

Blogging

Menulis blog memerlukan komitmen, minat, idea dan semangat yang berterusan. Mereka yang mempunyai sifat berkenaan akan mampu terus menulis dan menjadi blogger yang kekal aktif dalam dunia blogger. Walaupun dunia blogger kini suram berbanding sebelum-sebelum ini namun ia masih relevant di jaringan media.

Dunia blogger yang penuh gilang gemilang sebelum ini pasti memberi banyak kenangan manis. Lebih manis bagi mereka yang mampu menjana pendapatan melalui blog sehingga ribuan ringgit sebulan sehingga menjadi blogger sepenuh masa. Malah, blogger juga telah diiktiraf sebagai media dalam industri pengiklanan.

Sejak pengaruh blog kian malap ini, ramai blogger yang mula bersara. Bagi yang menggunakan hosting atau domain sendiri mula tidak menyambung perkhidmatan dan akhirnya blog ditutup. Bagi yang menggunakan pelantar blogger percuma, masih kekal blog berkenaan tetapi tidak lagi dikemaskini.

Sama seperti Sop, walaupun blog masih belum ditutup namum untuk membuat entry blog bagaikan satu usaha yang sangat sukar. Terdapat banyak cerita untuk dilakarkan pada blog mengenai pengalaman menarik, tetapi akhirnya gambar-gambar yang dirakam hanya post pada Facebook atau disimpan dalam telefon bimbit sahaja. Huhuhu

Namun begitu, tahniah kepada rakan blogger yang masih aktif. Masih ada blogger yang menulis setiap hari, masih ada blogger menerima job, masih ada aktiviti blogwalking dan masih ada blogger yang buat pentandingan blog atau award. Tahniah dan syabas! Semoga Sop boleh mengikuti langkah anda dan terus menulis blog. Kekalkan objektif utama blog iaitu untuk merakam pengalaman dan peristiwa menarik untuk tatapan masa hadapan.

Berikut tips untuk diri sendiri untuk kekal aktif menulis blog:
1. Fokus kepada tujuan utama blog
2. Rajin membuka laptop untuk melihat blog
3. Wujudkan dorongan luar untuk berblog
4. Lawat blog rakan-rakan blogger yang aktif
5. Sertai pertandingan atau segmen yang dianjurkan blogger
6. Cari idea menulis dengan melakukan aktiviti menarik seperti melawat tempat menarik dan aktiviti yang menarik

Selepas menulis entry ini, lebih bersemangat rasanya untuk berblog kembali. Anda bagaimana pula?

8 comments:

  1. Biasa la tu mood turun naik.. Sy jadi lebih bsemgat kalau tgok earning blog ade peningkatan.. Kalau earning hambar, mood pon jadi hambar.. I feel u bro.

    Paling penting jgn putus asa!

    Sy baru kali bkunjung ke sini.. Sy rasa blog ni byk manfaat nya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro
      earning mmg motivasi luaran yang sgt membantu. huhuhu

      Delete
  2. mmg sukar nk mentenlan smgt tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la
      tp mamapp hebat, boleh maintain je. huhuh

      Delete
  3. I recently found many useful information in your website especially this blog page. Latest sims 4 news Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more!

    ReplyDelete
  4. Itulah dia dilema seorang blogger dengan blognya.

    ReplyDelete
  5. Very nice blog and articles. I am really very happy to visit your blog. Now I am found which I actually want. I check your blog everyday and try to learn something from your blog. Thank you and waiting for your new post. Also Visit my website.Nigerian Police Recruitment

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas perkongsian...

    begitulah dilema saya.... kadang bila tak ada idea.... bersawang jadinya blog....

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon