Selamat mengikuti alam asrama Azfar
Selamat sejahtera kepada semua.
Alam asrama mungkin digeruni oleh anak-anak dan jika diberi pilihan pasti ramai yang akan menolak untuk tinggal di asrama. Bukan mudah untuk terima perubahan daripada kehidupan di rumah bersama keluarga bertukar kehidupan di asrama. Anak-anak perlu berdikari sepenuhnya apabila berada di asrama.
Azfar sendiri tidak begitu berminat untuk tinggal di asrama. Soalan tinggal di asrama telah ditanya sejak awal persekolahan tahun 6 yang mana kami meletakkan sasaran untuk Azfar berusaha dalam UPSR untuk membolehkan dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Walaupun ada keinginan untuk ke sekolah berprestasi tinggi tetapi Azfar masih takut-takut untuk tinggal di asrama.
Alhamdulillah, permohonan Azfar ke SM Sains Alam Shah berjaya walaupun keputusan UPSR Azfar tidak mendapat 6A. Mungkin ada kelebihan Azfar dalam markah Kokurikulum peringkat Kebangsaan dan penglibatan lain yang membantu permohonan Azfar berjaya untuk ke SM Sains Alam Shah. Selain itu, ujian kemasukkan SBP perlu lulus untuk diterima masuk ke SBP. Dan paling penting ialah doa ibubapa dan anak agar dimakbulkanNya.
Setelah mendapat keputusan berjaya ke SM Sains Alam Shah, maka bermula episod penyediaan peralatan dan keperluan Azfar ke asrama. Banyak juga peralatan dan keperluan perlu disediakan untuk ke asrama. Ini merupakan pengalaman pertama anak masuk asrama dan banyak perkara perlu kami belajar.
Tiba di ASiS untuk pendaftaran |
Proses mengemas almari |
Mereka telah ditugaskan oleh guru bagi membantu ibubapa dari mula pendaftaran sehingga selesai. Setiap murid tingkatan 1 yang baru daftar akan dibantu oleh seorang atau 2 orang murid. Mereka akan membantu menunjuk arah dan juga proses yang akan berlangsung. Malah mereka juga memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Barang yang akan dibawa masuk ke asrama turut dibantu mengangkatnya. Tahniah dan terima kasih kepada murid-murid berkenaan yang membantu Azfar melicinkan proses pendaftaran. Tugas mereka selesai selepas kami turun ke dewan untuk sesi taklimat oleh Pengetua SMS Alam Shah.
Persembahan caklempong oleh murid ASiS sebelum taklimat Pengetua |
Selesai taklimat kami keluar untuk makan tengah hari dan kembali semula ke sekolah jam 3.00 petang untuk sambung kemas bilik penginapan. Jam 5.00 petang kami mula beransur dan meninggalkan Azfar di asrama. Daripada saat itu, bermulalah alam persekolahan asrama buat Azfar.
Semoga Azfar boleh mengikuti alam asrama dengan baik dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Kami sekeluarga percaya dengan kemampuan Azfar boleh berjaya dalam alam persekolahan. Amin
Galeri gambar:
lama xsinggah blog sop..thu azfar dah tgktan 1..gud luck azfar..:)
ReplyDeleteterima kasih cik nor
ReplyDelete