Diari Aidilfitri 2017
Selamat sejahtera kepada semua.
Perjalanan balik bermula awal pagi Jumaat yang mana kami bertolak selepas Subuh. Jika bertolak sebelum sahur dikuatiri akan ada masalah kesesakan tempat untuk bersahur nanti di R&R. Walaupun telah keluar awal pagi, perjalanan mula sesak apabila memasuki lebuhraya Karak. Hampir sejam setengah untuk melepasi Genting Sempah dan perjalanan kembali lancar apabila melepasi Tol Bentong. Kami tiba di kampung jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat di Pekan Ajil.
Kami sempat berbuka puasa selama 2 hari di kampung. Pasar Ramadan yang sempat pergi ialah di Kuala Ibai sahaja yang tidak jauh dari kampung Sop. Peniaga juga ramai di pasar Ramadan ini. Sop sempat juga berterawikh di masjid kampung semalam kerana malam seterusnya telah malam raya :) Aktiviti biasa malam raya ialah bermain bunga api dan mercun yang dibeli di pasar Ramadan.
Aktiviti pagi raya pula dimulakan dengan sarapan pagi bersama keluarga sebelum ke masjid untuk solat Sunat Aidilfitri. Kemudian, aktiviti bermaafan bersama ahli keluarga di rumah. Pagi tersebut, kami sempat ke rumah abang Sop yang tidak jauh dari rumah.
Aktiviti pagi raya pula dimulakan dengan sarapan pagi bersama keluarga sebelum ke masjid untuk solat Sunat Aidilfitri. Kemudian, aktiviti bermaafan bersama ahli keluarga di rumah. Pagi tersebut, kami sempat ke rumah abang Sop yang tidak jauh dari rumah.
Apabila balik rumah ramai saudara mara yang telah hadir. Sampai ke petang kami hanya dapat duduk di rumah kerana saudara mara tidak putus-putus hadir ke rumah. Apabila lewat petang baru sempat kami dapat keluar untuk beraya ke rumah saudara mara :)
Sebelah malam, semua berehat kepenatan. Anak-anak sempat bermain bunga api yang masih bersisa sebelum semua masuk untuk berehat. Esok kami akan bertolak untuk beraya di rumah Opah Sop di Perak pula :)
Selesai diari ringkas Aidilfitri 2017 di kampung Sop :)
Galeri gambar:
Meriahnyaaaa raya keluarga tuan... seronok tengok..
ReplyDeleteMeriah nya sambutan Raya sop. Cantik juga ootd Oren ye
ReplyDelete