Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Bersiap untuk ke Nami Island |
Dari stesyen Seoul, kami telah berhenti Yongsang Station untuk mendapatkan tiket ITX dan kemudian tunggu di line 1 untuk naik kereta api ekpress ke Nami Island. Ketika ini, kami agak keliru kerana line kereta api ekpress tersebut menggunakan laluan sama dengan kereta api lain. Beberapa kali juga bertanya dengan penumpang lain tentang tiket yang dibeli dengan laluan kereta api tersebut. Oleh itu, adalah perlu pastikan naik kereta api ekpress ITX tersebut untuk ke Nami Island.
Perjalanan daripada Yongsang Station ke Gapyeong Station memakan masa lebih kurang 1 jam. Kereta api ekpress ini agak selesa dan kemudahan tandas disediakan. Macam tandas dalam kapal terbang! Terdapat juga macam pramugari AisAsia tolak troli menjual minuman dan makanan ringan di atas kereta api ekpress tersebut.
Di hadapan Gapyeong Station |
Hadapan Nami Island |
Semestinya bergambar lah! Huhuhu
Kawasan Nami Island memang luas dengan permandangan yang cantik. Oleh kerana pengunjung yang ramai, jadi perlu pandai cari kawasan yang view cantik untuk bergambar. Walapun musim Autum telah habis namun permandangan masih cantik.
Sesi panaskan badan di unggun api |
Di Nami Island ini kawasan agak berdebu kerana faktor tanah. Jika hujan pasti becak!
Di Nami Island terdapat beberapa restoran halal dan surau disediakan. Pengunjung muslim memang tiada masalah berada di Nami Island ini. Makanan di restoran tersebut memang sedap. Mungkin sebab lapar dan sejuk kot :)
Selesai pusing-pusing dan lepak di Nami Island, kami beransur pulang. Pengangkutan untuk balik juga sama seperti ketika datang tadi.
Lift untuk naik ke cable car |
Selesai mengambil tiket cable car, kami terus beratur untuk naik ke kaki Namsan Seoul Tower. Kami tiba hari telah gelap iaitu dalam jam 6.00 petang. Kami hanya ronda-ronda di sekitar kaki Namsan Seoul Tower sahaja. Cuaca di kawasan ini sangat sejuk terutama apabila waktu malam. Tidak lama selepas itu, kami beransur turun dan pulang.
Apa yang menarik di Namsan Seoul Tower?
Permandangan yang menarik boleh dilihat daripada kaki Namsan Seoul Tower. Jika hendak menarik lagi, boleh lah naik Namsan Seoul Tower tersebut. Tiket lain pula untuk naik ke ke atas Namsan Seoul Tower tu. Taman Namsan Seoul Tower juga menarik :)
Kerusi condong dan kunci mangga tarikan di Namsan Towel ini |
Selesai kisah kami melancong hari kedua di Seoul, Korea.
Penat? Memang penat kaki berjalan. Huhuhu
Galeri gambar:
wah..bestnya..:)
ReplyDeletesgt best
Deletehuhuhu
bestnya korea :)
ReplyDeletemesti la best.. huhuhu
DeleteRindunya nk ke Korea lagi bila baca entri sop ni. Best pulau Nami musim sejuk.
ReplyDeletesapa yg pernah pergi pasti tau keindahan Nami kan? huhuh
Deleteboleh g lagi tu bro shameel :)
nami island tu lau x bergambar rugi hihi
ReplyDeletemelancong ni, bergambar sebenarnya penting untuk disimpan sebagai kenangan.. huhuhu
DeleteDekat NSeoul tower tu ada mangga nama aku, jumpa tak..?
ReplyDeletejumpa tp nama org lain la... hahaha
Delete