Kad raya daripada blogger Dunia Shida
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Terima kasih Sop ucapkan kepada rakan blogger dari blog www.duniashida.com yang saban tahun mengirimkan kad raya. Sejak dari Sop menyertai segmen kad raya yang pertama dianjurkan oleh blog Dunia Shida dan sehingga sekarang beliau masih menghantar kad raya.
Sop mohon maaf kerana tidak pernah membalas kad raya Shida tetapi hanya balas melalui entri blog sahaja. Telah lama Sop tidak cetak kad raya sejak zaman kad raya maya lebih popular. Biasanya ucapan dihantar melalui media sosial seperti Facebook, Instragram dan Whatapps sahaja.
Tahniah juga kepada mereka yang masih gigih menghantar kad raya tradisional ini. Walaupun teknologi berkembang pesat namun kad raya tradisional ini masih ada nilai sentimental yang tersendiri. Jika dulu perkara biasa mendapat kad raya tetapi sekarang cukup teruja apabila mendapat kad raya ini. Kira barang rare pula :)
Sekali lagi ucapan terima kasih kepada Dunia Shida atas kiriman kad raya tersebut. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
sama2 bro sop :)
ReplyDeleteini je yg mampu shida beri tanda ingatan di Hari Lebaran dan tulus ikhlas Maaf zahir batin :)
terbaek shida :)
DeleteWahh! Azwar pun dapat kad raya dari kak shida! ;)
ReplyDeletetahniah Azwar :)
Delete