18 April 2016

Auni belajar buat seni collage

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Seni collage sesuatu yang menarik untuk kanak-kanak belajar. Selain membentuk perkembangan kemahiran motor kanak-kanak, ia juga membentuk kreativiti dalam menghasilkan seni.

Ini merupakan pengalaman pertama Auni membuat collage di rumah. Pada hari minggu yang lepas, Sop mengajak Auni membuat collage untuk mengisi masa lapang. Sop telah melukis gambar bunga ringkas dan meminta Auni menyediakan bahan untuk membuat collage.

Aktiviti dimulakan dengan mengoyak kertas warga menjadi cebisan kecil dan kemudian tampal pada kertas warna yang telah dilukis gambar bunga. Oleh kerana tidak menjumpai gam di rumah, Sop telah membancuh tepung beras 'Ciralec' untuk dijadikan gam. Dengan menggunakan tepung beras tersebut, ia mampu melekat dengan baik.

Dengan sedikit bantuan, Auni dapat menyediakan collage dengan baik. Walaupun ringkas tetapi Auni dapat menyiapkan seni collage dengan baik. Malah Auni sangat gembira dengan hasil seni tersebut. Selepas ini, boleh Auni buat seni collage bentuk lain pula :)

Galeri gambar:


4 comments:


EmoticonEmoticon