11 January 2016

Tinted lampu kereta untuk elak lampu kuning dan usang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Ramai yang telah memasang tinted lampu kereta ketika ini. Ada yang memasang untuk kelihatan cantik kerana terdapat banyak variasi warna tinted lampu di pasaran. Bagi yang hendak kelihatan kereta garang, boleh menggunakan tinted yang berwarna gelap. Namun ada yang pasang tinted lampu selaras dengan warna kenderaan.

Apa tujuan pemasangan tinted lampu ini?
Pemasangan tinted lampu ini ada tujuan tersendiri. Tujuan utamanya pemasangan tinted lampu ialah untuk mengelak lampu menjadi kuning.

Sebelum ini, Sop pernah dicadangkan oleh kedai aksesori kereta untuk memasang tinted lampu tetapi ketika itu tidak rasa penting sangat. Lagi pun bajet juga agak kurang untuk memasang tinted lampu tersebut. Dimaklumkan oleh kedai aksesori tersebut, tinted lampu dapat mengelakkan lampu kuning.

Untuk makluman, ketika ini banyak lampu kereta hanya menggunakan plastik sebagai cermin lampu. Jika kereta selalu terdedah kepada hujan dan panas, cermin lampu tersebut akan kekuningan dan akhirnya kelihatan usang.



Cermin lampu kereta Sop akhirnya kelihatan mula ada tanda akan kekuningan. Walaupun kelihatan sikit namun tindakan tinted lampu terus dilakukan. Harga pemasangan tinted lampu berbeza mengikut kenderaan. Jika lampu besar dan bentuk lebih banyak bentuk, harga lebih mahal kerana pemasangan lebih sukar. Bagi kereta Sop, harga pemasangan ialah RM140 sepasang. Harga juga berbeza mengikut kedai. Lupa pula untuk Sop bertanya harga kedai lain dulu :)

Pemasangan tinted lampu memakan masa lebih kurang setengah jam. Ia bergantung kepada kecekapan pemasang tersebut. Jika lagi cekap, rasanya boleh lagi cepat siap :)

Semasa proses pemasangan, lampu akan dikilatkan terlebih dahulu. Jika ada kesan kuning atau calar, ia akan dikilatkan untuk kelihatan bersih. Setelah itu, baru pemasangan tinted akan dilakukan. Memang nampak kilat seperti baru selepas tinted lampu dipasang.



Adakah menjadi kesalahan memasang tinted lampu ini?
Soalan ini Sop bertanyakan juga kepada kedai aksesori. Tidak menjadi masalah sekiranya pemasangan tinted lampu berwarna 'clear' kerana tidak nampak sebarang perubahan kepada lampu. Namun jika tinted berwarna gelap mungkin akan ada masalah dengan pihak penguatkuasa. Ini kerana sekiranya tinted berwarna gelap, pencahayaan lampu juga akan kurang. Ia mungkin membahayakan kepada pengguna itu sendiri. Walaupun hendak cantik, keselamatan perlu diutamakan.

Bagi yang belum memasang tinted lampu, pilihlah warna 'clear' untuk memastikan tujuan utama pemasangan iaitu memastikan ketahanan lampu daripada menjadi kuning atau usang.



EmoticonEmoticon