Berminat dengan Macro Fotografi
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Gambar Macro merujuk kepada gambar dekat sesuatu objek. Pengambilan gambar secara dekat memerlukan alatan tertentu untuk memastikan gambar dekat dapat dirakam.
Pengguna DSLR contohnya memerlukan lens Macro, Convertor atau Extention Tube untuk membolehkan gambar dirakam secara dekat. Jika tidak, lens biasa tidak mampu untuk merakam gambar secara dekat. Selain itu, flash diperlukan untuk memberikan pencahayaan yang mencukupi untuk merakam gambar.
Sop lama juga telah berminat dengan gambar Macro ini. Ia mempunyai keunikan tersendiri iaitu membolehkan gambar melihat secara dekat sesuatu objek. Bagi haiwan atau serangga kecil, ia sangat unik namun mata kasar kita tidak mampu melihatnya secara dekat. Jika mampu mengambil gambar secara supermacro, lagi menarik haiwan atau serangga tersebut! Biasa jika Sop melihat gambar supermacro di Instagram pasti akan terpukau.
Sebelum ini, Sop hanya mampu menggunakan lens Converter murah sahaja. Hasil juga tidak memuaskan dengan speedlite yang juga tiada. Untuk belajar-belajar bolehlah guna lens Converter tersebut. Sop juga ada beli Extention Tube Manual sebelum ini tetapi penggunaannya agak sukar apabila tiada auto-fokus. Viewfinder juga sangat gelap sehingga menyukarkan untuk merakam gambar. Tiada speedlite juga memberi masalah untuk merakam gambar Macro tersebut.
Baru-baru ini terdapat lens Convertor jenama Raynox terpakai diiklankan di laman mudah.my. Harga yang ditawarkan sangat murah kerana tanpa kotak. Tanpa melengahkan masa, Sop terus menghubungi penjual tersebut dan urusniaga dapat dilakukan pada hari yang sama.
Lens Converter Raynox dari Jepun ini antara yang popular digunakan untuk merakam gambar Macro. Selain murah, ia juga memberikan hasil yang memuaskan. Penggunaannya juga mudah sahaja.
Untuk melengkapkan peralatan fotografi Macro, Sop juga telah mendapatkan speedlite murah dari laman kldslr.com yang ketika itu ada promosi akhir tahun.
Dalam masa yang sama, Sop juga membuat pencarian maklumat juga untuk mendapatkan hasil yang terbaik fotografi Macro. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperlukan, operasi menangkap gambar dilakukan. Agak sukar juga untuk mendapatkan serangga kecil untuk dirakam di kawasan rumah Sop. Terbayang jika dapat ke hutan atau taman pasti seronok dapat menangkap gambar Macro.
Percubaan pertama agak memuaskan walaupun gambar tidak sehebat jurugambar profesional yang mempunyai peralatan lengkap. Dengan percubaan tersebut juga, Sop boleh praktis dan mendapatkan rentak yang sesuai untuk merakam gambar Macro. Merakam gambar haiwan kecil dengan jarak dekat sangat meletihkan kerana serangga tersebut tidak mudah untuk didekati terutamanya rama-rama.
Merakam gambar Macro agak mencabar kerana perlu melakukan rakaman dengan tepat dan cepat. Kita juga perlu banyak bersabar kerana tidak mudah untuk mendekati serangga dan haiwan. Kadang-kadang memang tidak bernasib baik langsung untuk merakam foto apabila serangga sangat liar. Cuba dekati akan terus lari dan mengelak dari didekati.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon