14 January 2016

Amani berumur 10 bulan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Amani kini telah menjangkau 10 bulan. Bermula pada umur 8 bulan kami dikejutkan dengan Amani terjadi sawan. Ketika itu, kami telah bawa ke hospital dan berada di wad selama 4 hari. Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya Amani dapat balik.


Selepas 20 hari kembali dari wad, Amani terjadi lagi sawan. Untuk kali ini, kami tidak terus membawa ke hospital kerana kami perlu melihat kekerapan sawan. Pada masa yang sama kami mencuba berubat dengan perubatan Islam dengan membawa jumpa ustaz. Selepas 18 hari, Amani terjadi lagi sawan dan seterusnya 15 hari selepas itu. Trend sawan masih sama iaitu tempoh lebih kurang 1-2 minit.

Selepas terjadi sawan kali ketiga, kami terus menghubungi hospital untuk temu janji dengan doktor malangnya doktor hanya ada pada hari biasa (ketika itu cuti tahun baru). Pada hari Isnin seterusnya kami terus membawa jumpa doktor yang merawat Amani di Hospital Glenengles Kuala Lumpur.

Ketika di wad Prince Court Medical
Berdasarkan trend pemantauan kami dan video yang dirakam, doktor mencadangkan kami mendapatkan rawatan dengan doktor pakar di Prince Medical Center. Setelah berada di wad selama 4 hari dan pemeriksaan yang berkaitan, Amani dibenarkan balik dengan rawatan ubat sawan. Sekarang ini, kami memantau keadaan Amani dan diharapkan tidak terjadi lagi sawan. Hari ini baru sepuluh hari dari Amani keluar wad. Jika ikut kepada trend, biasanya 15 hari ke atas akan berlaku lagi sawan. Diharapkan tidak terjadi sawan lagi dalam tempoh tersebut.

Amani giat berpaut untuk berjalan


Walaupun terjadi sawan, perkembangan Amani seperti biasa. Alhamdulilah tidak berlaku sebarang kesan negatif dari sawan tersebut. Setiap hari Amani semakin aktif dan sekarang giat berpaut untuk belajar berjalan. Kami pun tidak sabar melihat Amani boleh berjalan.

Semoga Amani tidak lagi mengalami masalah sawan. Amin

4 comments:

  1. Amin....amin....amin.....taatih...alhamdulillah amani dah nak berjalan ya....

    ReplyDelete
  2. semoga amani membesar dengan sihat ;')

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon