Pengalaman Auni terkena jangkitan rotavirus
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Ketika ke hospital |
Petang Jumaat Sop sampai ke rumah kelihatan Auni sangat lemah. Muntah dan cirit masih berterusan. Ketika itu Auni tidak lalu untuk makan kerana setiap kali makan pasti akan muntah. Begitu juga dengan minum. Setiap kali masuk makanan atau minuman akan muntah.
Tidur selepas penat muntah |
Pada hari Sabtu, keadaan masih sama yang mana Auni terus muntah dan cirit. Badan mula dedar dan demam. Oleh kerana lapar, Auni terus minum air dan susu. Malangnya setiap kali minum pasti akan muntah. Malamnya Auni tidak dapat tidur. Sop telah belikan air 100 plus dan vitegen untuk pastikan Auni sentiasa hendak minum. Ketika ini, badan Auni telah susut dan mata nampak dengan jelas cengkung. Memang sedih sangat lihat Auni ketika itu. Oleh kerana telah malam, kami mengambil keputusan membawa Auni pada keesokan harinya.
Mata yang kencung dan tidak bermaya |
Letak kain basah untuk turunkan suhu badan |
Pada hari pertama, Auni masih lemah dan cirit masih berterusan. Auni langsung tidak mahu makan dan minum. Namun oleh kerana air telah dimasukkan, kami tidak perlu risau masalah hydrasi badan. Dalam masa yang sama, ubat turut diberikan iaitu ubat muntah, demam, sakit perut dan lain-lain.
Pada hari kedua di wad, Auni semakin kurang muntah. Keputusan darah mengesan rotavirus dalam badan Auni punca berlakunya cirit dan muntah. Doktor memaklumkan rotavirus tiada vaksin untuk merawatnya. Ia perlu sembuh sendiri dan memakan masa lebih kurang seminggu untuk sembuh. Ujian darah juga menunjukkan keputusan urea sangat tinggi iaitu 19.4. Kadar normal urea dalam darah ialah bawah 4.9 sahaja. Ia menunjukkan toksin dalam badan sangat tinggi kerana buah pinggang tidak berfungi. Apabila air dalam badan kurang, buah pinggang tidak akan memproses air. Auni juga tidak kencing.
Sehingga malam, Auni tidak kencing. Lagi pula, urin diperlukan untuk membuat ujian. Kami agak risau juga apabila Auni tidak kencing dan ia tidak elok untuk kesihatan. Doktor telah menukar jenis air yang dimasukkan dan memberi ubat untuk pastikan Auni kencing. Setelah penat menunggu, akhirnya Auni kencing dan cirit juga.
Bawa jalan-jalan dan beli buku mewarna |
Mula ada selera makan pada hari ketiga |
Lebih segar dan mampu bermain pada hari ke 4 |
Sedia untuk balik rumah |
Bagi membezakan masalah rotavirus dengan keracunan adalah seperti berikut:
- Muntah dan cirit berlanjutan melebihi 24 jam
- Najis yang sangat busuk (ada bau yang tersendiri)
- Kesan hydrasi yang cepat iaitu kulit kering dan kurus
- Demam
Rotavirus beri impak yang besar bagi kanak-kanak bawah 5 tahun. Orang dewasa boleh juga kena tetapi kesan tidak teruk berbanding kanak-kanak.
Ketika di Gleneagles Kuala Lumpur, bayi rakan sebilik juga terkena rotavirus. Beliau telah 4 hari berada di situ. Selepas anak beliau dapat keluar hospital, ada lagi yang masuk kerana rotavirus juga. Ini bermakna memang ramai bayi yang terkena rotavirus.
Untuk makluman, bagi bayi yang berusia 3 bulan ke bawah boleh diambil antibodi rotavirus dan dapat melindungi bayi selama 5 tahun.
Semoga selepas ini, tiada anak Sop yang terkena rotavirus dan penyakit lain.
Letih juga selama 4 hari Sop berada di hospital menjaga Auni. :)
Alhamdulillah..moga terus sihat ye..
ReplyDeleteTerima kasih PC :)
Delete