08 September 2015

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka
Ruang hadapan Hotel Seri Costa Melaka
Pada minggu lepas, Sop telah mengikuti urusan kerja di Melaka dan Johor. Pada hari pertama lawatan ke Melaka, kami telah menginap di Hotel Seri Costa yang terletak di Banda Hilir. Pemilihan Hotel Seri Costa ini kerana ia berada di pusat bandar dan mudah untuk kami jika hendak berjalan di sekitar pusat bandar.

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

Hotel Seri Costa Melaka ini Sop pernah menginap dulu. Hotel yang ringkas tetapi agak menarik hiasan dalamanya kerana menggunakan unsur kayu. Jika menginap di sini, sangat mudah untuk berjalan-jalan kerana berhampiran dengan Medan Pahlawan. Hanya berjalan kaki boleh pergi ke sana. Kemudahan bilik hotel lengkap dan bilik adalah selesa.

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

Jika untuk permandangan, Hotel Seri Costa tidak mempunyai permandangan yang menarik kerana ia di kelilingi dengan bangunan kedai dan hotel sahaja. Ruang parking juga terhad yang mana parking kenderaan hanya di sekitar bangunan hotel sahaja dan ia berkongsi dengan parking awam.

Kemudahan sterika disediakan di bilik menggosok sahaja. Dicadangkan agar disediakan sterika kepada pengunjung untuk keselesan menggosok di bilik hotel.

Menu sarapan disedian biasa sahaja dan hanya boleh mula bersarapan jam 7 pagi sahaja. Jika awal dari jam 7 pagi, pengunjung tidak dibenarkan masuk lagi. Agak lewat bagi mereka yang perlu bergerak untuk urusan lain luar dari hotel.

Harga bilik yang ditawarkan adalah berpatutan. Sekitar hotel juga banyak kemudahan yang mudah diperolehi seperti kedai makan, kedai runcit, pusat hiburan dan sebagainya. Oleh sebab itu, banyak pakej mesyuarat dan kursus yang diadakan di Hotel Seri Costa.

Kepada yang ingin melancong ke Melaka, Hotel Seri Costa boleh dijadikan senarai untuk pilihan penginapan.

Galeri gambar:
Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

Menginap di Hotel Seri Costa Melaka

2 comments:


EmoticonEmoticon