Jom riadah berbasikal
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apa aktiviti riadah anda?
Riadah berbasikal menang menjadi kegemaran kanak-kanak. Berbasikal bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kanak-kanak berkembang dari segi kemahiran dan kesihatan.
Agak lama juga basikal Azfar dan Azwar tersadai di rumah nenek mereka. Baru-baru ini Sop telah hantar ke kedai untuk baiki basikal tersebut. Apabila lama tersadai, banyak komponen mula rosak seperti tayar, rantai dan sebaganya. Setelah selesai baiki, basikal tersebut terus dibawa balik ke rumah.
Sebelum ini, hanya cuti sekolah sahaja dibenarkan Azfar dan Azwar berbasikal. Ini kerana pada hari bersekolah, jadual agak padat dan tiada peluang untuk beriadah. Apabila basikal ada di rumah, hari minggu bolehlah Azfar dan Azwar riadah berbasikal. Auni pun ada basikal sendiri dan sedang belajar berbasikal.
Walaupun kawasan bawah rumah agak terhad tetapi adalah cukup untuk Azfar dan Azwar beriadah. Berpeluh-peluh juga setiap kali berbasikal. Oleh kerana Sop tiada basikal, kenalah buat aktiviti lain sama ada skating atau jogging sahaja sambil memantau anak-anak :)
Galeri gambar:
hapeningnya..
ReplyDeletehttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-terselamat-dalam-kebakaran.html
terima kasih Kucen Master :)
DeleteAssalammualaikum... spo.my,
ReplyDeleteriadah macam nie memang best kan..
mselim3
pls: blog nie pun semakin kemas...
terima kasih Mselim3 :)
Deleterehan nak bawak basikal tak reti. jadi petang-petang rehan sorong anak dalam stroller pusing taman perumahan tu je.ada la aktiviti berpeluh sikit.
ReplyDeleteok juga tu..
Deletesop pun x bawa basikal
teman anak2 jer.. hahaha