06 April 2015

Auni telah pandai berbasikal

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Berbasikal pasti menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, bukan mudah untuk belajar berbasikal sekiranya tanpa latihan. Perkara asas perlu dipelajari ialah mengayuh basikal untuk pastikan ia bergerak. Kemudian kawalan pergerakan supaya mengikut laluan yang dikehendaki dan terakhir ialah imbangan.

Oleh kerana basikal abang-abangnya masih elok lagi, tidak perlu Sop untuk beli basikal baru. Auni boleh guna basikal sedia ada.

Ini merupakan kali kedua Auni berbasikal. Pada minggu lepas, kali pertama agak sukar untuk Auni mengayuh basikal untuk bergerak. Dengan sedikit latihan, akhirnya Auni berjaya menggerakkan basikal dan membuat kawalan basikal. Kemahiran Auni agak membanggakan kerana berjaya berbasikal dengan cepat.

Kali ini, Auni semakin mahir untuk berbasikal. Mulanya Auni lupa juga untuk mengayuh basikal kerana telah seminggu tidak berbasikal tetapi selepas beberapa minit akhir kayuhan menjadi lancar. Kawalan basikal juga semakin baik.

Buat masa ini, basikal Auni dipasang dengan tayar sokongan. Sekiranya kerap latihan, kemungkinan besar tidak lama lagi Auni akan berbasikal tanpa tayar sokongan lagi :)

Galeri gambar:





4 comments:

  1. kayuh pelan pelan.lagi seminggu boleh buka 2 tayar kecik belakang tu

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin bawa naik basikal
      terima kasih kucen :)

      Delete
  2. Assalammualaikum..sop.my,

    alahai comel nyer...

    mselim3

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon