Sambutan Hari Lahir Azfar dan Azwar
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Selesa lepas, telah diadakan Sambutan Hari Lahir Azfar dan Azwar secara kecil-kecilan atas permintaan Azfar dan Azwar. Agak lama juga tidak kami buat sambutan hari lahir mereka. Walaupun tarikh lahir Azfar dan Azwar pada bulan berbeza iaitu Januari dan Februari, kami telah gabungkan dengan mengambil tarikh di tengah-tengah.
Sambutan hanya dengan dibuat secara sederhana dengan panggilan jiran dan rakan Azfar dan Azwar. Menu yang disediakan juga ringkas tetapi dengan bantuan mertua dan adik beradik, jadi meriah juga menu yang disediakan.
Sambutan bermula pada jam 3.00 petang dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Abdullah. Seterusnya aktiviti memotong kek dan jamuan makan.
Selesai makan, Azfar, Azwar dan rakan-rakannya meneruskan aktiviti bermain pelancar helikoter yang diberikan. Seronok pula mereka bermain permainan tersebut.
Semoga sambutan tersebut mengembirakan hati Azfar dan Azwar. Walaupun bukan budaya famili Sop mengadakan sambutan hari lahir tetapi apabila diminta, boleh lah sekali sekala buat sambutan.
Galeri gambar:
Happy Besday untuk 2 Hero nie.. Moga jadi anak yang berjaya didunia dan akhirat :) lama dah tak singgah sini. harap2 abam sop ingat lagi lah aida. hehe..
ReplyDeleteterima kasih @Aida :)
Deletehappy birthday hero2 sop ;)
ReplyDeleteterima kasih @Suki :)
Deletewahhhhh game yg last tu rasanya masa zaman ika kecik je ada jumpa hewhewhew
ReplyDeleteterima kasih Ika
Deletemmg dah lama benda tu ade.. hahaa