The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan?
Ini adalah kali pertama Sop singgah dan menginap di sini.
The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan ini menyediakan penginapan berbentuk apartment Beberapa jenis apartment yang disediakan dari 1 bilik hingga 4 bilik. Sop berpeluang menginap di apartment 4 bilik dengan 2 tingkat yang terletak di tingkat paling atas. Ruang apartment sangat luas dengan permandangan dari beranda yang menarik iaitu terus ke pantai.
The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan menyediakan beberapa kemudahan asas hotel percuma dan ada yang berbayar. Kelengkapan bilik memuaskan dengan kemudahan asas seperti peti ais, TV, jug elektrik dan lain-lain.
Kemudahan lain yang disediakan di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort ialah kolam renang, court tenis dan padang futsal.
The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan tiada masalah dari segi ruang namun beberapa perkara masih kurang atau perlu dipertingatkan. Paling utama ialah perkhidmatan WiFi yang tidak boleh akses dari bilik dan bilik seminar. Hanya ruang lobi blok B sahaja yang boleh mendapat akses WiFi.
Makanan di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort juga agak kurang variasi. Tidak banyak menu makanan yang disediakan.
Harga apartment di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort boleh tahan juga. Sila lawat http://ttbr.theregency.com.my/Accommodation.aspx untuk harga keseluruhan bilik.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, sila layari http://ttbr.theregency.com.my/
Galeri gambar:
Wow menarik ni...dah lama tak bercuti....
ReplyDeletekena rancang tu sis fuza :)
Deletetak pernah menginap recency lg..selalu kt PD balik hari..haha
ReplyDeleteorg PD mmg la xtido PD :)
Deletehahhaha
teruja mama tgk pool and beach tu
ReplyDeletekolam dan hotel xboleh dipishkan.. kan mama :)
DeletePernah pergi sekali masa anak2 masih sekolah lagi...tu pun tak menginap cuma makan2 dan ronda2 keliling jer... Masa tu adik bunda masih bekerja kat hotel tu....
ReplyDeleteooo iyer ke bunda
Deletedulu mesti lg cantik kan?
skrg dah kurang sbb dah lama :)
tak sampei lagi... Insyallah ada rezeki sampei le awok nanti dengan bala tentera awok...
ReplyDeletemmg kena gi
Deletetentera2 kome mesti suka )