Bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sudah pergi ke Taman Tema Legoland Malaysia?
Sop percaya ramai yang telah pergi. Malah ada blogger yang mendapat sponsor ke Legoland Malaysia ketika awal pembukaannya.
Sop baru sahaja kesempatan untuk pergi ke Legoland Malaysia dan rasanya antara yang terlewat pergi. Pada awal-awal pembukaan, ramai yang review Legoland Malaysia agak panas kerana pokok masih kecil dan ketika itu, Auni masih kecil. Banyak kali kami tangguhkan untuk ke Legoland Malaysia walaupun Azfar dan Azwar sering mengajak untuk ke sana.
Baru-baru ini, Sop mendapat tiket percuma untuk 2 dewasa dari rakan yang mendapat cabutan bertuah. Peluang digunakan sepenuhnya ketika cuti sekolah ini untuk membawa Azfar dan Azwar. Tiket hanya perlu beli untuk Azfar dan Azwar sahaja manakala Auni bawah 3 tahun masih percuma. Untuk maklumat tiket Legoland Malaysia, sila layari http://www.legoland.com.my/ms-MY/Merancang-Lawatan-Anda/Harga-dan-Jenis-Tiket/
Perjalanan dari Johor Bahru memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Kami bertolak selepas sarapan di hotel kami menginap dan sampai pada jam 9.00 pagi. Parking masih kosong kerana belum ramai yang telah sampai. Ada beberapa parking sekitar Legoland Malaysia namun ketika kami pergi hanya ruang parking 3 sahaja yang buka. Kos parking sekali masuk ialah RM9 sahaja. Jika datang awal, boleh kami pilih parking paling dekat dengan laluan ke Legoland Malaysia. Parking Medini Mall lebih dekat tetapi harga agak mahal dan ia cas berdasarkan jam.
Permainan pertama Azfar dan Azwar |
Kaunter tiket dibuka pada jam 9.30 pagi. Kami mula beratur untuk menanti kaunter tiket dibuka untuk jualan. Pada jam 10.00 pagi, pintu masuk dibuka dan orang ramai mula memasuki Taman Tema Legoland Malaysia. Kebanyakkan permainan sesuai dengan kanak-kanak dan Azfar dan Azwar telah melepasi semua permainan. Oleh itu, memang banyak permainan yang boleh mereka naiki.
Membina kereta Lego untuk perlumbaan pada trek |
Walaupun kelihatan ramai pengunjung di Legoland Malaysia tetapi setiap permainan tidak perlu beratur lama dan panjang. Berbeza jika di Genting Highland ketika cuti sekolah yang memakan masa agak lama untuk dapat bermain. Lagi berbeza jika hendak bermain Universal Studio Japan yang memakan masa beratur 2 hingga 3 jam untuk satu permainan :P
Selain permainan, permandangan sekitar Legoland Malaysia juga menarik. Banyak bentuk yang dibuat dari Lego menarik perhatian.
Antara design yang dibuat menggunaan Lego |
Secara keseluruhan, Legoland Malaysia menyeronokkan kepada kanak-kanak dan keluarga. Bagi orang dewasa mungkin kurang sedikit kerana kurang permainan yang extreme. Kanak-kanak memang tidak kisah dengann cuaca panas atau apa yang penting ia mennyeronokkan.
Galeri gambar:
wah bestnya....teringin nak pergi jugak la..
ReplyDeleteMesti pergi Rosniyati :)
DeleteAssalammulaikum... sop,
ReplyDeletemselim3 dah pernah gi... alhamdulilah.. seronok sesangat gi legoland nie cuma makan kat dalam legoland nie ada mahal byk... permainan banyak sesangat cuma penat berjalan kat dalam legoland..
mselim3
Waalaikumussalam mselim
DeleteMakanan semua taman tema mesti mahal.. :)
Terima kasih atas perkongsian
Macam best je.. leh bawak anak2 ke sana nanti....
ReplyDeleteMesti bw.. Anak2 linda mesti suka 😸
Deleteaku belom pernah pergi ke legoland lg. blom berkesempatan.
ReplyDeletekalau ada masa boleh g try :)
DeleteWah.kena plan p nanti
ReplyDeletekena gi sis fuza :)
DeleteLegoland @ Nusajaya
ReplyDeletebetul sis nurul
Delete