Foto - Bermain bunga api Aidilfitri 2014
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Selain mendapat duit raya, bermain bunga api menjadi kegemaran kanak-kanak di hari raya. Pasti seronok apabila dapat bermain bunga api bersama-sama rakan dan saudara mara.
Pada tahun ini, Sop langsung tidak beli bunga api untuk Azfar dan Azwar. Ini kerana kami tidak mahu mereka bermain bunga api. Namun begitu, nenek mereka telah sponsor beberapa jenis bunga api dan mercun.
Azfar dan Azwar mula bermain sejak malam raya lagi. Namun malam kedua, kami telah pulang ke Perak di rumah Opah Mrs Sop. Peluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk bermain bunga api bersama sepupu-sepupu mereka. Ruang halaman yang luas memberi ruang untuk mereka bermain sepuasnya dengan jumlah bunga api yang ada.
Anda bermain bunga api?
Galeri photo:
tak meriah ler takde bunga api kan sop :>)
ReplyDeletebetul2
Deletebr rasa raya.. hahaha :)