Berbuka di Restoran Braverline, Festival City
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Berbuka puasa di mana hari ini?
Akhir-akhir puasa ini, ramai yang suka berbuka di luar berbanding di rumah. Mungkin mencari menu pelbagai pula. Ada yang teringin Western Food, Mamak Food, Thai Food atau lain-lain hidangan.
Baru-baru ini, kami telah berbuka di Braverline, Festival City. Tidak rancang untuk berbuka di situ tetapi sekadar ingin mencuba. Kelihatan kedai agak menarik dengan tawaran menu Promosi Ramadhan yang agak murah. Menu promosi kami pilih ialah Ramadhan Special 4Pax uang terdiri daripada berikut:
- Chicken Chop with spaghetti - 2 set
- Chicken Chop with rice - 2 set
- Cucur ikan
- Desert
- Minuman
Setelah membuat booking, kami sempat meronda-ronda sekitar Festival City.
Hiasanya Restoran Braverline sangat menarik dan unik dengan ciri tersendiri. WiFi juga disedikan dan kelajuan internet sangat bagus.
Namun, secara keseluruhan, Sop agak kurang berpuas hati dengan Restoran Braverline, Festival City ini. Bukan niat hendak menjatuhkan tetapi sekadar pandangan peribadi.
Pertamanya makanan agak kurang memuaskan bagi menu yang kami pilih. Kuah Chicken Cop rasa sendikit hangus dan kurang kena dengan tekak Sop. Cucur ikan atau cekodok juga tidak menarik. Untuk desert pula, hanya hidangan jelly segera biasa.
Minuman pula terpapar banner free flow. Apabila bayar, rupanya free flow @RM1.00. Cam mana free flow kalau kena bayar RM1? Kurang faham dengan istilah sebegini. Boleh ke? Hahaha
Servis juga agak lemah yang mana hanya 2 pelayan yang bertugas. Pelanggan hari biasa mungkin tidak ramai tiada masalah untuk beri perkhidmatan tetapi jika bulan puasa, semua tertumpu pada waktu yang sama. Ketika itu, kelihatan berlari-lari pelayan hendak melayan permintaan pelanggan dan menghantar makanan. Sedangkan telah masuk waktu berbuka dan pelanggan ada yang memerlukan pelbagai keperluan seperti sudu, sos dan sebagainya.
Semoga komen dan cadangan ini diambil perhatian oleh pengusaha Restoran Braverline untuk meningkatkan kualitinya.
Galeri gambar:
wah..bestnya.:)
ReplyDeletexbest sgt cik nor :)
Deletethun ni rasanya baru 2 kali berbuka di luar. beberapa kali berbuka di dalam train, selebihnya di rumah :)
ReplyDeletedalam train blom pernah lagi rasa :) hehehe
Deleteterima kasih bro Zuan atas perkongsian
Nampak menarik dah sedap jer... last week aku ada gi festival city mall gak... tp tak jadi berbuka kat situ... :D
ReplyDeleteoh.. restoran aagak byk juga di sini
Deletemungkin xda yg berkenan tu.. hehehe
thx bro @Eshamz
wah..sop lg sakan berbuka di luar =))
ReplyDeletexda la suki
Deletesekali sekala jer.. akhir2 poser ni kan.. hehehe :)
itu ler
ReplyDeletefree ais jer kot.. heheheh