Aktiviti mewarna lukisan cat air
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Gemar mewarna menggunakan cat air?
Kanak-kanak kurang gemar menggunakan cat air kerana ia agak sukar berbanding dengan menggunakan pensil warna. Namun aktiviti seni menggunakan cat air ada diajar di sekolah dan Azfar perlu menggunakan cat air ini.
Sebelum ini, Azfar telah menjalankan aktiviti mewarna menggunakan cat air di sekolah dalam mata pelajaran seni visual. Beliau memaklumkan sukar untuk mendapatkan hasil yang menarik dengan menggunakan cat air ini.
Sop sedar tentang perkara ini dan cuba menjalankan aktiviti mewarna cat air di rumah. Sedikit tunjuk ajar telah diberikan kepada anak-anak cara menggunakan cat air ini. Memang agak sukar untuk mereka mendapat rentak menggunakan cat air ini terutama untuk memastikan tahap kepekatan cat, sapuan cat untuk rata dan penggunaan cat itu sendiri. Tanpa teknik yang betul boleh basah dan koyak kertas warna nanti.
Nampaknya banyak lagi latihan perlu dibuat untuk anak-anak mahir dengan menggunakan cat air ini. Malah ibubapa kena banyak bersabar semasa mengajar menggunakan cat air ini. Silap-silap, boleh basah satu rumah! Hahaha
Apa-apa pun, aktiviti mewarna ini sangat menyoronokkan apabila dilakukan bersama-sama :)
Galeri gambar:
Cantik nye bokeh..kamera n lense ape ni?
ReplyDeleteD3200 lens 50mm bro khamsi :)
ReplyDelete:) memang lawa!
DeleteTerima kasih bro khamsi :)
DeleteSama-sama bang :)
DeleteKalau diasah ni mesti boleh menjadi pelukis berbakat nanti ni.... :D
ReplyDeletehahaha.. jauh sgt lagi tu :)
DeleteHehe,,terbaik lah..auni pun join sekaki gak dia ekk..
ReplyDeleteauni yg terlebih teruja.. heheh
Deletethx bro @Hafizul