02 March 2014

Portable hard disc telah rosak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Portable hard disc telah rosak

Portable hard disc diperlukan untuk menyimpan data. Ia mudah digunakan kerana boleh dibawa ke mana-mana dengan saiz yang besar. Berbeza dengan thumb drive yang saiz agak kecil dan terhad untuk menyimpan banyak fail.

Sop telah menggunakan portable hard disc agak lama untuk menyimpan fail-fail utama. Boleh dikatakan portable hard disc adalah sebagai pusat data utama setelah di sentiasa bersambung pada komputer. Sop hanya cabut apabila ada urusan luar yang perlu dibawa maklumat berkaitan.

Setelah sekian lama menggunakannya, akhirnya portable hard disc tersebut telah meragam dan tidak boleh digunakan langsung. Apa yang terkilan ialah data-data, fail-fail dan semua bahan tidak dapat diselamatkan. Portable hard disc tersebut langsung tidak dapat dibuka fail walaupun ia telah dipecah kepada beberapa partition. Pada  awalnya hard disc masih boleh dibaca oleh komputer tetapi tidak dapat akses kepada data. Kemudian, portable hard disc tersebut semakin tenat apabila Sop cuba dan mencuba untuk mendapatkan data.

Kini (mood sedih), portable hard disc tersebut sampai ke akhir nyawa yang mana tidak boleh dikesan lagi kewujudannya pada komputer. Harapan untuk mendapatkan data di dalamnya semakin musnah. Huhuhu

Adalah anda pernah mengalami pengalaman kehilangan semua data?

8 comments:

  1. awok pernah kena masa guna external hard disk... meraung ooo...banyak fail tak dapat selamat..... sabo je le Sop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. awok sabo la nih walaupun ;-(
      terima kasih D_08

      Delete
  2. dah cuba bawa pada yang pakar ke bro Sop? Mana tau boleh diselamatkan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xberani nak bawa
      dorang boleh buat tp kos yg xtahan
      pernah tgk2 dulu2.. harga riban2.. xberbaloi la plak... hehhe
      terima kasih bro Hazmin

      Delete
  3. cuba simpan di cloud storage spt www.mediafire.com dan www.copy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah try di google document tp leceh bila nak guna.. internet opis xlaju :)
      terima kasih Abe Kie atas cadangan :)

      Delete
  4. pernah jugak..tp xterilan sgt sbb biasa portable hard disk ciktom simpan cerita n lagu je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bahan xpenting sgt xpa
      ni byk data urusan kerja
      nak buat blk tu yg :-s huhuh
      thx cik tom

      Delete


EmoticonEmoticon