Levitation Photo - Pulang
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Levitation photo merupakan teknik fotografi untuk menjadikan kita kelihatan terbang. Sila rujuk entry di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknik levitation.
Ini merupakan cubaan kali kedua Sop untuk menghasilkan gambar levitation. Dengan bantuan Mrs Sop sebagai jurugambar dan sedikit perbaikan teknik lompatan, Sop agak berpuas hati dengan hasilnya sekarang.
Gambar levitation ini boleh sahaja dibuat melalui photoshop tetapi kemungkinan akan kelihatan kurang 'real' berbanding dengan menggunakan teknik fotografi sepenuhnya.
Selepas ini, bolehlah Sop cuba menggunakan timer dan tripod pula untuk menghasilkan gambar levitation untuk mengelak daripada menggunakan bantuan jurugambar lain. Ini yang dilakukan oleh jurugambar Jepun dari blog Yowayoga yang semuanya hasil kerja sendiri :)
Budak tu tengokkan je gambar pertama. hahaa
ReplyDeleteagaknya terkejut tgk papa dia melompat2... hehhe
Deletethx @Bahrain
Sejam akhir - akhir ini anda begitu rajin vermin dengan kamera.
ReplyDeleteketika ada kelapangan, rajinlah bermain2 dgn kamera :)
Deleteterima kasih @Kak Mah
adakah kat blakang tu auni?hehe
ReplyDeletehaah betul la tu @Cik Nor :)
Deletemakin syok pulak tengok orang terapung-rapung. kira aktiviti senanaman juga ni.
ReplyDeletesemakin buat semakin berminat untuk terus mencuba.. heheh
Deleteterima kasih @Denaihati
Wah... Lepas ni pergi mana-mana boleh terbang jela. Hehe
ReplyDeleteHahaha. Cadangan yg baik tu @Hazmin :)
Delete