28 March 2014

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sudah baca entry Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 1?

Guesthouse U-EN Osaka

Tempat penginapan kami di Osaka ialah Guesthouse U-EN Osaka. Sebelum membuat tempahan di sini kami telah membuat tinjauan penginapan yang sesuai. Harga hotel di Jepun memang mahal dan jika hendak menginap untuk 6 hari agak parah juga. Dengan percutian keluarga, bilik yang perlu diambil mestilah bersaiz besar dan sesuai untuk kami sekeluarga. Malah kami perlukan dapur untuk memudahkan urusan makan dan minum. Jika hendak sewa apartment, lagi kami tidak mampu dengan harga yang lagi berganda-ganda tingginya :)

Jika inginkan suasana rumah Jepun, Guesthouse U-EN Osaka ini sangat sesuai kepada pengunjung. Ia berkongsepkan asrama dan homestay. Sangat unik dan harga yang berpatutan :) Namun jika anda inginkan privacy, Guesthouse U-EN Osaka bukan tempat yang sesuai.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Bilik di Guesthouse U-EN Osaka terbahagi kepada beberapa jenis. Ada bilik yang jenis dom dan bilik biasa. Kami mengambil saiz famili yang mana bersaiz paling besar. Walaupun paling besar tetapi muat0muat sahaja untuk kami berlima. Tiada katil dan almari di dalam bilik. Hanya tilam, bantal dan selimut sahaja untuk tidur :)

Guesthouse U-EN Osaka menyediakan 3 bilik air dan 3 tandas untuk kegunaan bersama. Dapur juga disediakan dengan kemudahan peralatan memasak seperti dapur, microwave, peti ais, bekas masak dan sebagainya. Meja makan juga disediakan untuk kegunaan pengunjung. Dengan perkongsian begini, kami boleh berhubung dan beramah mesra dengan pengunjung lain.

WiFi percuma disediakan kepada pengunjung yang menginap di Guesthouse U-EN Osaka.

Pada awal berada di Guesthouse U-EN Osaka, Sop agak kekok juga kerana suasana yang berbeza. Ruang bangunan yang sempit dan kemudahan yang berbeza membuatkan kita rasa lain. Namun ia adalah pengalaman yang menarik.

Walaupun Guesthouse U-EN Osaka kelihatan klasik tetapi ia sangat bersih. Memang budaya orang Jepun sangat bersih bukan? Bukan setakat di sini tetapi semua tempat yang kami pergi kelihatan sangat bersih.

Setakat berada 3 hari di Guesthouse U-EN Osaka, beberapa pengunjung dari beberapa negara telah dijumpai. Warga Jepun sendiri pun ada yang menginap di Guesthouse U-EN Osaka ini.

Kepada yang berminat untuk menginap di Guesthouse U-EN Osaka, sila lawat laman FB Guesthouse U-EN Osaka di alamat https://www.facebook.com/GuesthouseUEnOsaka 

Galeri gambar:

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2
Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2


7 comments:

  1. Bestnya..... rasa macam nak ke sana plak...

    ReplyDelete
  2. walopon kecik... tapi nmpk tersusun... dan kemas.... pueh hati camni...... errr..... banyak kos mike sekeluarga kat sana ye???? penginapan + makan + tiket flight + jalan2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos boleh tahan
      hari tu dapat tiket promosi Air Asia 1K pergi blk ++ beg dan makan
      bilik guestroom 1k utk 6 hari
      makan bw bekal 1 beg ++ beli air masa jalan2
      tukar yen dalam 5K
      :)

      Delete


EmoticonEmoticon