Laksa dan cendol PV16, Danau Kota
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Suka makan laksa dan cendol?
Gerai laksa dan cendol yang berhampiran dengan Kondo PV16, Danau Kota ini boleh tahan sedapnya. Kami kadang-kadang singgah juga jika terasa hendak makan laksa.
Menarik laksa di gerai ini ialah kuah yang pekat dan rasa laksa original dari Kedah. Cendol pula tidak kurang sedapnya :)
Bagi yang selera besar, sesuai sangat perkena laksa di gerai ini kerana saiz cendol agak banyak dengan harga RM5. Memang kenyang betul jika habis 1 mangkuk laksa tersebut. Bagi mereka yang makan sikit, memang kena kongsi berdua laksa di gerai ini :)
Terdapat beberapa meja disediakan bagi pelanggan yang ingin makan di sini. Meja kerusi yang disediakan di bawah pokok ini memang seronok untuk melepak. Namun begitu, ruang parking agak sukar di kawasan ini. Oleh sebab itu, ramai yang lebih suka bungkus dan makan di rumah.
Bagi yang ingin singgah, pastikan tidak datang lewat petang kerana biasanya laksa dan cendol akan habis awal lebih kurang jam 5.00 petang. Gerai laksa dan cendol ini biasanya dibuka bermula pada tengah hari.
Galeri gambar:
Dua-dua memang saya suka..laksa lemak aje..laksa penang kureng..hehe..makan kenyang2 yer..haha..nak tambah order aje yer..hehe
ReplyDeletebelah pantai timur mmg mkn laksa lemak :)
Deleteterima kasih bro Hafizul
wow nampak sedap jer.. panas2 ni mmg syok makan cendol kan
ReplyDeleteyer betul tu
Deletemmg sedap layan cendol time cuaca panas... hehehe
thx @mamapp
hilang dahaga makan cendol.
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteTerima kasih @Ema
awok sukeeee...... ada jugak entri awok pasal cendoi.... tapi takde laksa.....
ReplyDeletecendol musim panas2 ni mmg best kan D_08 :)
Delete