28 February 2014

Jom melancong ke Kemboja dengan Cambodia Muslim Holiday & Travel

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siem Reap Province
Ingin melancong ke Kemboja?
Kemboja merupakan salah satu negara yang tersenarai dalam senarai pelancongan kami. Ketika ini, kami masih merancang untuk memilih masa yang sesuai dengan kedudukan kewangan yang stabil. Seperti semua sedia maklum, untuk melancong ke keluar negara kita memerlukan perancangan yang baik. Banyak aspek yang perlu diambil perhatian seperti kewangan, keselamatan, kemudahan dan sebagainya.



Persediaan sebelum pergi melancong ke luar negara
Sebelum memilih negara untuk melancong, kita perlu mendapatkan maklumat yang sepatutnya sebelum bercadang ke negara tersebut. Ketika ini, kita bertuah kerana banyak pengalaman dan maklumat yang dikongsikan oleh mereka yang telah pergi melancong seperti blog, website, forum dan sebagainya. Pastikan kita memilih negara yang selamat untuk dilawati.

Setelah memilih destinasi pelancongan, pastikan kita menyediakan dokumen dan barangan yang berkaitan seperti pasport, pakaian, beg, mata wang serta sebagainya. Elakkan membuat persediaan saat-saat akhir kerana kemungkinan kita akan tertinggal dan tercicir sesuatu.

Semasa memulakan pelancongan, pastikan faktor keselamatan rumah dan kenderaan telah diambil tindakan sewajarnya seperti telah memadam semua suiz yang berkaitan, telah kunci dengan baik dan langkah keselamatan yang berkaitan.

Keselamatan semasa melancong ke luar negara
Aspek utama ketika melancong di negara luar ialah keselamatan. Pastikan langkah-langkah keselamatan diambil untuk pastikan kita selamat pergi dan kembali. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian:
  • Melawat tempat-tempat yang selamat
  • Jauhi perbuatan jenayah
  • Jaga perlakuan dan perbuatan
  • Elak situasi-situasi yang berbahaya

Pelancong berhemah dan bermoral tinggi
Setiap mereka yang melancong bukan sahaja membawa diri tetapi identiti negara. Kita sering dengar tentang pelancong negara ini macam ini, negara itu macam itu. Jika kita berhemah dan bermoral ketika melancong, pasti rakyat lain akan memandang baik kepada negara kita. Setakat ini, Sop percaya pelancong negara kita antara yang terbaik ketika melancong :) Berbudi bahasa adalah budaya kita bukan?

Perbelanjaan yang rendah dan berpatutan
Setiap kali melancong, pasti akan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Sehubungan itu, kita perlu mengamalkan sifat jimat cermat ketika melancong. Perancangan perbelanjaan adalah penting dan pastikan mendapatkan pakej yang terbaik. Terdapat banyak promosi-promosi pelancongan ketika ini dan kita boleh membuat perbandingan terlebih dahulu.

Syarikat pelancongan
Ketika ini, terdapat syarikat pelancongan yang menawarkan pakej yang sesuai dengan keperluan dan bajek kita. Adalah penting untuk memilih syarikat pelancongan yang betul-betul berwibawa untuk mengelakkan daripada perkara berikut:
  • Penipuan
  • Perkhidmatan yang tidak memuaskan
  • Harga yang tinggi
  • Pakej yang tidak sesuai
Melancong ke Kemboja
Ketika ini, ramai yang telah melancong ke Kemboja. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kemboja dan kebanyakkan adalah tempat bersejarah. Bagi Sop yang meminati bidang fotografi, Kemboja merupakan tempat yang sangat sesuai untuk mendapatkan gambar yang menarik selain melihat sendiri budaya negara lain.

Mondul Kiri Province

Kami belum pernah melancong ke Kemboja. Oleh itu, syarikat pelancongan adalah diperlukan untuk memudahkan urusan melancong ke Kemboja dengan tawaran pakej yang terbaik. Cambodia Muslim Holiday Travel antara yang menyediakan pakej yang menarik untuk menjadi pilihan kepada mereka yang hendak melancong. Maklumat Cambodia Muslim Holiday Travel adalah seperti berikut:

Cambodia Muslim Holiday Travel adalah sebuah syarikat tempatan yang amat dipercayai dalam menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan, Kami kini salah satu operator pelancongan yang amat dikenali di Kemboja & Vietnam. dan kini Kami sedang berusaha untuk menjadi peneraju utama dalam pasaran pelancongan insya allah. Mohon Doakan kami Insya allah.
Syarikat ini adalah 100% hak milik orang islam di negara kemboja yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh saya Ustaz Yahya Al-hafiz. dan saya boleh jaminkan bahawa 100% halal makan minum dan lain lain.
Syarikat / Perkhidmatan ini dibuka khusus kepada mereka yang berbangsa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, kerana kami lebih fasih berbahasa  Melayu & lebih selesa dengan bahasa itu, oleh yang demekian kami amat berharap sekiranya Tuan / Puan memberi Support yang tinggi kepada perkhidmatan kami ini. 
Perkhidmatan Pelancongan ini dibuka semata-mata bertujuan mempermudahkan perjalanan anda dengan jaminan 100% selamat insya allah.

Maklumat lanjut, sila layari http://www.cambodiamuslimholiday.com

Hasil kesenian masyarakat Kemboja
Antara tempat menarik yang menjadi perhatian kami untuk dilawati di Kemboja adalah seperti berikut:

  • Phnom Penh (Capital)
  • Rattanak Kiri Province
  • Siem Reap Province
  • Mondul Kiri Province
  • Preah Sihanouk Province
  • Stung Treng Province
  • Kratie Province
  • Preah Vihear Province
  • Kampot Province
  • Kep Province
  • Koh Kong Province
  • Kampong Thom Province
Untuk maklumat lanjut mengenai tempat menarik di Kemboja, sila lawat laman web Pelancongan Kemboja.

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.


EmoticonEmoticon