Songkok di Saddam Tailor, Pasar Keramat
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Mencari songkok untuk anak-anak bukan dimusim perayaan amat sukar kerana kebanyakkan pasar raya tidak meyimpan stok. Kami telah mencari dibeberapa pasar raya seperti Jaya Jusco, AEON Big, Parkson dan Mydin tetapi semua sudah habis (tiada stok). Songkok Azfar dan Azwar telah agak teruk keadaannya dan perlu diganti baru untuk sekolah agama.
Setelah berpusing-pusing ke beberapa pasar raya, akhirnya kami ke Pasar Keramat. Hanya singgah 1 kedai sahaja terus dapat songkok yang dicari. Jika tahu di Pasar Keramat ada menjual songkok, awal-awal lagi telah singgah. Tidak perlu banyak masa dihabiskan terpusing sana sini mencari songkok tersebut.
Selain songkok, nama kedai juga menarik perhatian kami iaitu Saddam Tailor. Sop tidak pasti kenapa penggunaan nama kedai tersebut :) Harga songkok di Saddam Tailor ialah RM15 sahaja dan percuma untuk menebuk lubang angin pada songkok.
Bagi yang sedang tercari-cari songkok untuk anak-anak atau untuk diri sendiri, bolehlah ke Pasar Keramat untuk mendapatkannya. Terdapat 2 kedai yang sentiasa menjual songkok untuk dewasa dan kanak-kanak. Kedai hanya berapa di tepi jalan sahaja :)
sebenarnya nak elak masuk KL tu yg pusing sekitar rumah jer
ReplyDeletekalau area jln TAR mesti byk :)
terima kasih bro
Assalamualaikum. Kedai tu area mane ya? ade lagi x?
ReplyDeleteWaalaikumusalam
DeletePasar keramat lama tepi jalan utama sahaja. Lihat sebelah kanan selepas hentian lrt keramat (300 meter)
Rasanya ada lagi kedai itu
Ada lg
ReplyDeleteTerima kasih Zamiruddin atas maklumat berkenaan
Delete