Mitos gula-gula Hacks sebagai ubat batuk?
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Gula-gula Hacks tidak asing lagi kepada kita semua. Rasanya sejak Sop kecil lagi telah ada gula-gula Hacks ini. Agaknya bila bermula wujud gula-gula Hacks ini?
Mitos mengenai gula-gula Hacks sebagai ubat batuk Sop tidak pasti datang dari mana tetapi Sop percaya ia mampu melegakan batuk. Mungkin dari gambar pada plastik bungkusan gula-gula Hacks tersebut?
Kerana mitos itu juga bila masa batuk, pasti banyak gula-gula Hacks ini akan dibeli. Dengan memakan gula-gula Hacks ketika batuk, ia memberi sedikit kelegaan. Mungkin kerana rasa mentos yang menyejukkan kerongkong melegakan rasa batuk?
Jika betul gula-gula Hacks ini dapat melegakan batuk, pasti ada doktor yang mencadangkan pesakit yang batuk memakannya bukan? Setakat ini, belum ada doktor yang menyarankan Sop untuk makan gula-gula Hacks untuk merawat batuk. Biasanya doktor akan bagi ubat batuk secara cecair atau berbentuk pil sahaja.
Jika diteliti pada ramuan gula-gula Hacks, herba juga termasuk dalam ramuan pembuatannya. Mungkinkah herba tersebut yang membantu untuk melegakan batuk?
Sehingga kini, Sop masih percaya dengan mitos gula-gula Hacks mampu melegakan batuk. Namun begitu, ubat batuk juga diperlukan untuk menyembuhkan dari batuk.
Anda bagaimana pula?
Percaya gula-gula Hacks mampu menyembuhkan batuk?
mama percaya gak.. sebab agak lega lah kalau makan hack time batuk. maybe sebab dia berangin kot
ReplyDeleteterima kasih mama atas perkongsian :)
Deletetak pernah plak percaya...selalu makan hacks sebab nak bagi rasa lega je tekak...kasi basah kalau rasa kering..:P
ReplyDeleteterima kasih @reezluv
Deletehacks sebagai ubat batuk mmg metos kan? heheh
Ha ah..betul tu Sop..saya setuju..hehe..
ReplyDeleteterima kasih @Hafizul :)
Deletefamily wawa time batuk memang cari gula gula hacks ni. betul betul melegakan batuk bila makan. time kemam tu senyap la sekejap batuk. bila habis je coklat tu, batuk balik :D
ReplyDeleteterima kasih wawa atas perkongsian tersebut :)
Deletedoktor tak sarankan sebab nanti rugi lah klinik dia . tak sampai lah target hospital kerajaan yang di beri setiap bulan.
ReplyDeletehahaha. betul juga tu :)
Delete👍
DeleteSaya selalu mkn hacks ni.. Mesti sentiasa ada dlm bag saya.. Saya perasan semenjak ambil hacks ni saya tak pernah batuk dah 2 thn lebih.. Dulu kerap jgk dtg mslh batuk.. Minum limau dgn kicap madu pun tak jadi..
ReplyDeleteBukan mitos dah . Hacks tak menyembuhkan batuk, tp mampu memberi kelegaan sementara semasa buat kerja,
ReplyDeleteterima kasih atas info
Deletedian bukan mitos tapi mmg dh sejarah pembuatan utk melegakan batuk dan sakit tekak, masa hacks dipasarkan korang blom ade lg kot :D zaman tok nenek korang rasanya ni, smpai la kilang ni dibuat di belah utara..kandungan dia mmg tkde gula tetapi herba2 so ia tak memudaratkan kesihatan.
ReplyDelete