05 December 2013

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Setelah perjalanan 1 jam menggunakan feri dari Jeti Tuk Tuk, kami akhirnya sampai ke Pulau Samosir. Pelancong yang ke Tasik Toba pasti akan ke Pulau Samosir kerana ia adalah tarikan utama di situ.

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Pulau Samosir merupakan pulau yang terletak di tengah-tengah Tasik Toba. Di Pulau Samosir ini terletaknya kubur Raja Batak dan Muzium Batak. Namun menjadi tarikan utama di sini bukanlah peninggalan sejarah tetapi kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan :)

Tiba di Pulau Samosir, pemandu pelancong di situ telah menanti kami. Tujuannya ialah untuk memberi penerangan dan membawa ke sekitar kawasan sejarah. Kami telah di bawa ke kubur Raja Batak dan diberi penerangan mengenainya. Kemudian, kami ke Muzium Batak dan masuk ke dalamnya. Terdapat banyak barangan peninggalan yang disimpan di muzium. Untuk makluman, pemandu pelancong tersebut dikenakan bayaran iaitu RP150,000.

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Hanya 2 tempat tersebut yang dibawa dan diberi penerangan kerana yang lain adalah kedai-kedai yang mejual pelbagai jenis barangan cederamata, buah tangan dan pakaian. Untuk berbelanja di sini, pengunjung perlu pandai tawar menawar untuk mendapat harga murah. Malah, peniaga di sini menggunakan teknik memujuk untuk berniaga. Bagi yang tidak tahan dengan pujukan, pastikan jalan terus tanpa tanpa menengok-nengok :) Huhuhu

Pengunjung yang hadir ke sini kelihatah bukan sahaja pelancong luar tetapi dari warga Indonesia juga.

Selesai sesi berbelanja dan menengok-nengok, kami akhirnya kembali untuk ke destinasi seterusnya ke Brastagi, Medan. Ikuti perjalanan kami ke Brastagi dan persinggahan tempat menarik sepanjang perjalanan dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Melancong ke Medan - Pulau Samosir

Gambar penuh, sila lawat Album FB


EmoticonEmoticon