03 November 2013

Pengalaman pertama memiliki scooter

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Motosikal jenis scooter sangat popular di kalangan wanita dan pengguna warga kota. Ini kerana scooter dilihat lebih mudah dan mesra pengguna dari segi penggunaan dan pemanduan.

Pengalaman pertama memiliki scooter
Honda Spacy
Sop pernah guna dari pinjaman rakan-rakan sebelum ini tetapi belum pernah memiliki sendiri motosikal jenis scooter. Ini adalah kali pertama memiliki sendiri untuk kegunaan harian. Kami bertukar daripada motosikal EX5 kepada scooter kerana Mrs Sop muka bercadang untuk belajar motosikal juga.

Motosikal EX5 telah dijual kepada bapa mertua yang kebetulan sedang mencari motosikal untuk kegunaan ke surau dan masjid. Scooter yang menjadi pilihan kami ialah Honda Spacy.

Kami memilih Honda Spacy kerana harga berpatutan dan design yang lebih sesuai. Kami mempunyai 2 pilihan scooter iaitu Yahama Ego dan Honda Spacy. Harga Yamaha Ego LC agak tinggi manakala Yahama Ego S tiada ruang di bawah tempat duduk. Scooter-scooter jenama lain kami kurang berminat.

Ciri-ciri Honda Spacy:
Enjin & Prestasi
Jenis Enjin
OHC 4-Lejang
TransmisiA/T V-Matic
CVT
Nisbah2.68:1 - 0.85:1
Nisbah Turunan10.625 (51T/18T X 45T/12T)
Gerek x Lejang50.0 x 55.0
Kuasa Kuda Maks6.45 kW(8.77PS)/8000 rpm
Tork Maks8.27 N.m(0.84kgf.m)/6500 rpm
Sesaran Enjin108 cm3
Nisbah Mampatan9.5:1
Sistem PencucuhanDC-CDI
Sistem PenghidupElektrik & Tendang
Sistem PenyejukanPenyejuk Kipas
PelinciranBasah - Tekanan
Kapasiti Minyak Pelincir
Penuh0.8 L
Pertukaran0.7 L
Pertukaran Penapis0.8 L
Minyak Misi
Penuh0.16 L
Pertukaran0.14 L
Tangki Bahan Api5.2 L
Bateri12 V - 3 A.h. (10h)
Bentuk Rangka
Panjang Keseluruhan1841 mm
Lebar Keseluruhan660 mm
Tinggi Keseluruhan1094 mm
Jarak Roda1256 mm
Kelegaan Jalan128 mm
Berat
Berat Bersih95 kg
Berat Keseluruhan99 kg
Tayar/Suspensi/Brek
Tayar Depan80/90 - 14M/C 40P Tanpa Tiub
Tayar Belakang90/90 - 14M/C 46P Tanpa Tiub
Suspensi Hadapan80.5 mm Teleskopik
Suspensi BelakangUnit Swing Arm
Brek HadapanCakera Hidraulik

Penggunaan scooter ini amat mudah kerana tidak perlu susah-susah menukar gear. Pulas sahaja minyak terus berjalan :) Hasil penggunaan selama seminggu ini, kelihatan scooter lebih banyak menggunakan minyak berbanding Honda EX5 :)

Anda pengguna mostosikal jenis apa?

Galeri gambar:

Pengalaman pertama memiliki scooter
  
Pengalaman pertama memiliki scooter
Pengalaman pertama memiliki scooter
ruang bawah tempat duduk

Pengalaman pertama memiliki scooter

Maklumat lanjut mengenai Honda Spacy, sila layari http://www.boonsiewhonda.com.my/product_spacy-mmc.html


EmoticonEmoticon