Auni telah keluar wad
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Alhamdulillah, Auni telah keluar wad hari ini setelah 4 hari berada di Gleneagles Medical Centre, Kuala Lumpur. Auni telah sembuh demam sepenuhnya kecuali batuk dan selsema yang belum sembuh sepenuhnya.
Auni di depan wad 4B |
Pada hari ketiga, Mrs Sop pula bercuti dan Sop pula bekerja dan Azfar dan Azwar boleh balik tidur di rumah bersama Sop sehingga semalam. Alhamdulillah, semua dipermudahkan urusan sepanjang tenpoh tersebut.
Cabaran menjaga Auni di wad ialah tidak boleh meninggalkan Auni sendirian sama ada di atas katil atau dalam bilik. Urusan ke bilik air atau tandas perlu dibawa bersama. Auni mana boleh ditinggalkan kerana pertama kami yang risau dan keduanya Auni memang tidak boleh ditinggalkan. Mesti hendak ada yang menemaninya.
Cabaran seterusnya ialah setelah beberapa hari berada di wad, pasti akan rasa bosan bukan? Anak berbeza dengan kanak-kanak atau orang dewasa yang boleh menghiburkan diri dengan banyak perkara. Auni apabila bosan mula hendak berjalan dan bermain. Sekali dibawa ke pusat permainan yang terdapat di situ, terus hendak selalu bermain. Selain itu, Auni juga mula membuat aktiviti yang memenatkan ibubapa yang menjaganya :) Panjat sana sini, bermain itu ini, sepah menyepah dan sebagainya. Huhuhu
Semua telah tamat dan hari ini boleh berada di rumah dengan selesa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Auni :) Terima kasih juga kepada pihak Gleneagles Medical Centre, Kuala Lumpur yang memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kami berada di sana.
EmoticonEmoticon