Dynasty Hotel Kuala Lumpur
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah menginap di Dynasty Hotel Kuala Lumpur?
Sop baru pertama kali dapat 'lepak' di bilik Dynasty Hotel walaupun sebelum ini pernah berada di dewan hotel sahaja. Apabila hotel di Kuala Lumpur, takkan Sop hendak check in bilik pula bukan? Baik balik rumah sahaja. Hehehe
Kali ini Sop ada program di Dynasty Hotel Kuala Lumpur, jadi dapatlah bilik 'compliment' untuk 3 hari 2 malam. Sop ambil bilik hanya untuk simpan barang dan rehat-rehat sekejab sahaja tetapi tidak tidur. Hotel dan rumah, lebih baik di rumah :) Biasanya Sop menginap tidur jika program jauh dari rumah sahaja.
Dynasty Hotel Kuala Lumpur tidak asing lagi untuk warga Malaysia yang selalu ke Kuala Lumpur. Hotel yang agak selesa dan cantik walaupun sudah agak lama. Malah, banyak program yang diadakan di Dynasty Hotel Kuala Lumpur seperti kursus, majlis rasmi, majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya.
Dynasty Hotel Kuala Lumpur hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai beberapa kelengkapan bilik seperti hotel lain. Kolam pula berada di atas bumbung. Cuma tidak best, wifi masih berbayar :(
Bilik hotel Dynasty Hotel Kuala Lumpur sangat selesa dan bersih. Bilik yang Sop dapat ialah jenis standard double single. Ruang bilik adalah sangat luas :) Terdapat beberapa jenis bilik yang terdapat di Dynasty Hotel Kuala Lumpur iaitu Standard Deluxe, Executive Room, Family Room dan Business Suite.
Rate Dynasty Hotel Kuala Lumpur ini bermula dari RM140 sahaja. Sila booking menggunakan laman web untuk mendapat tawaran istimewa ini. Sila rujuk link untuk rate terkini http://www.dynasty.com.my/site.php?content=rates
Untuk maklumat lanjut mengenai Dynasty Hotel Kuala Lumpur ini, sila layari http://www.dynasty.com.my/
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon