Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Entry ini adalah sambungan kepada Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 1 yang telah bercerita tentang proses pembelian dan pemasangan almari tersebut.
|
Auni tekun mengikat skru |
Selepas pemasangan rangka almari IKEA - PAX tersebut, proses mengangkatnya perlu dilakukan oleh dua orang. Pemasangan diteruskan sehingga ketiga-tiga rangka almari siap dan dicantumkan.
|
Rangka dicantumkan |
Selesai almari IKEA - PAX dicantum dan dilekatkan pada dinding, proses pemasangan pintu pula dilakukan. Pintu almari IKEA - PAX ini dikenali dengan nama BERGSBO mempunyai pelbagai jenis dan berbeza harga. Sop telah mengambil pintu yang ada design sedikit untuk nampak lebih menarik. Jika boleh dapat pintu almari IKEA - PAX jenis kilat lagi menarik tetapi harga pun menarik juga. Hehehehe
|
Tercantum ketiga-tiga rangka almari |
Proses pemasangan pintu tidak rumit kerana hanya perlu pasang skru dan kemudian klip kepada rangka almari IKEA - PAX.
|
Azwar memasang klip pada pintu almari |
Kemudian almari IKEA - PAX dimasukkan 'shelf' dan bakul yang telah dibeli. Terdapat banyak aksesori dalaman yang boleh digunakan tetapi Sop pilih yang asas sahaja kerana almari IKEA - PAX ini dipasang bertujuan untuk storan sahaja. Jika hendak dijadikan almari pakaian, mungkin aksesori lain perlu dibeli. Selesai pemasangan shelf dan bakul, pemegang pintu pula dipasang.
|
Pintu almari selesai di pasang |
Selesai sudah projek pemasangan almari IKEA - PAX. Tempoh pemasangan lebih kurang 4 jam termasuk rehat dan sebagainya. Jika pihak IKEA memasangnya, mungkin hanya memakan masa 1 jam sahaja. Untuk makluman, pemasangan dilakukan secara manual sahaja (guna skru driver sahaja). Mungkin sedikit penat tetapi boleh dijadikan senaman dan aktiviti yang menyihatkan badan.
|
Mula menyusun barang |
Kini barang-barang di rumah banyak boleh di simpan di dalam almari IKEA - PAX tersebut. Barang-barang boleh disusun kemas dan almari IKEA - PAX boleh menghiasi bilik.
|
Selesai memasang pemegang pintu almari |
Kos untuk almari IKEA - PAX ini ialah RM2,200.00 untuk keseluruhan barang. Berbaloi bukan?
Selepas ini, boleh pasang almari IKEA - PAX dalam bilik untuk almari pakaian pula. Projek akan datang apabila ada rezeki nanti :)
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon