Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Wallpaper menarik dipasang untuk menjadikan ruang rumah lebih indah. Berbanding cat, wallpaper lebih menarik kerana ia mempunyai pelbagai jenis design dan warna untuk disesuaikan dengan konsep rumah. Biasanya ruang tamu yang selalu dipasang wallpaper sebagai dinding utama. Namun jika berkemampuan, bolehlah pasang 1 rumah :)
Sebelum pemasangan wallpaper |
Kami telah ke kedai pembekal wallpaper yang terletak di IKANO, Damansara untuk melihat wallpaper yang ada. Ia adalah wallpaper daripada Korea dan harga lebih murah berbanding wallpaper lain. Dulu ada pernah tanya pembekal wallpaper di pameran AEON dan harga jauh lebih mahal.
Design wallpaper sekarang ini juga sangat menarik. Ia bukan sekadar design dan gambar sahaja kerana ada yang mempunyai kesan 3D dan berkilat-kilat. Macam-macam jenis design yang ada.
Setelah memilih design wallpaper yang kami hendak, tempahan pun dibuat. Proses untuk memasang wallpaper ini memakan masa 2 minggu kerana tidak semua design ada di dalam stok pembekal. Mereka perlu membuat tempahan daripada Korea.
Meletakan gam pada wallpaper selepas dipotong |
Proses pemasangan memakan masa 1 jam 30 minit sahaja untuk 1 dinding utama. Pekerja pemasangan wallpaper sangat cekap.
Proses pemasangan wallpaper |
Wallpaper siap dipasang |
Kos untuk pemasangan wallpaper dinding rumah Sop ialah RM780 sahaja. Pakej yang diberikan ialah 15 meter persegi. Oleh kerana ruang dinding utama agak kecil, terdapat banyak juga lebihan wallpaper tersebut. Kami disarankan menyimpan lebihan tersebut kerana boleh dijadikan pengganti jika ada ruang yang rosak atau terkoyak nanti.
Galeri gambar:
Cantik. Nak tanya, kat mana segala kabel dan tiub dari aircond tu ye? sorok dlm dinding yg ditebuk separuh atau tembus kat dlm bilik sebelah?
ReplyDeletekabel dan tiub tu dalam dinding. saluran dan wayer telah built in. masa nak bg tengah kedudukan aircond kena tebuk baik untuk ejas kabel dan wayer tu
Delete