Tapai menu tradisional Raya kampung
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Setiap negeri mempunyai menu tersendiri untuk menyambut hari Raya selain biksut Raya. Paling memberi kesan kepada Raya ialah menu tradisional yang mana tanpanya mungkin rasa seperti ada yang berkurangan. Malah menu tradisional tersebut hanya buat pada hari Raya sahaja.
Menu Tradisional
Di kampung Sop, menu tradisional yang kekal sehingga hari ini ialah tapai pulut dan ketupat palas. Hanya hari Raya sahaja tapai akan dibuat. Jika hari biasa agak sukar untuk jumpa tapai dan ketupat palas. Namun sekarang ini setiap menu tersebut boleh dijumpa di kedai-kedai.
Menu tradisional berbeza mengikut kawasan dan kampung. Di Terengganu sendiri, menu tradisional berbeza mengikut kampung dan daerah.
Penyediaan Tapai
Sop dari kecil sering membantu Mak Sop menyediakan tapai pulut ini dengan mencari daun getah dan jambu laut. Dulu tidak sukar mendapatkan daun-daun tersebut kerana di sekitar kampung. Kemudian Sop biasanya akan membantu membungkus tapai tersebut. Proses membungkusnya tidak sukar dan ia ringkas sahaja.
Tapai pulut ini biasanya disediakan 2 hari sebelum Raya kerana tapai memerlukan masa untuk 'masak'. Jika belum betul-betul 'masak', tapai tersebut akan kurang manis. Tapai ini akan dihidangkan sebagai menu hari Raya kepada tetamu datang beraya. Tapai juga akan dikongsi dengan jiran-jiran untuk bertukar juadah. Ada yang tidak sempat dan mampu menyediakan tapai ini.
Proses penyediaan tapai tidak sukar yang mana ia menggunakan pulut, ragi dan daun untuk membungkus. Sekarang ini, ada yang hanya menggunakan bekas pelastik untuk menyediakan tapai seperti di majlis perkahwinan tetapi rasa tidak sama dengan menggunakan bungkusan daun.
Ragi dan jenis beras pulut memainkan peranan penting untuk menentukan kemanisan tapai pulut tersebut.
Sop tidak suka sangat tapai ini dan boleh makan sekadar 2 atau 3 biji sahaja. Jika tiada hendak rasa makan bukan? Hehehe
Apa menu tradisional Raya anda?
EmoticonEmoticon