Diari Aidilfitri Tahun 2013
Selamat sejahtera dan salam Aidilfitri kepada semua rakan.
Aidilfitri disambut meriah oleh kita semua dan penuh kegembiraan. Lebih meriah apabila dapat menyambut dengan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.
Sebelum ke masjid |
Diari Aidilfitri tahun ini bermula dengan solat Sunat Aidilfitri di Masjid Kampung Laut. Azfar dan Azwar dibawa bersama ke masjid kecuali Auni sahaja bersama Mrs Sop. Auni terlalu kecil untuk dibawa dan akan menyukarkan kami untuk bersolat nanti.
Selepas Solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga menjamu selera hidangan Aidilfitri. Menu setiap tahun keluarga kami ialah nasi minyak, ketupat dan tapai. Sebelum ke masjid Sop sempat menjamu selera untuk mengambil ibadah sunat. Balik solat Sunat Aidilfitri, sekali lagi Sop makan. Betul-betul beraya bukan? Hehehe
Potret famili |
Saudara mara datang beraya |
Menziarahi Sanak Saudara
Setelah rumah mula kurang dengan kunjungan saudara mara, baru giliran Sop dan keluarga keluar beraya di rumah sanak saudara di sekitar kampung. Sesi kunjung mengunjung rumah sanak saudara sehingga ke petang. Tidak banyak masa yang ada Sop di kampung kerana pada hari Sabtu akan kembali beraya di Kuala Lumpur. Esok hari Jumaat dan masa agak terhad untuk beraya. Jadi hari ini kena 'pulun' banyak sedikit ziarah ke rumah sanak saudara. Di kampung Sop memang ramai sanak saudara kerana ayah dan emak Sop memang anak jadi kampung ini.
Auni sedia untuk keluar beraya |
Kemeriahan turut terasa dengan kehadiran Auni yang semakin lincah bersama abang-abangnya.
Apa aktiviti Aidilfitri anda hari ini?
Sudah habis menziarahi sanak saudara?
Galeri gambar:
Auni dengan baju kurung Raya |
Antara saudara mara yang hadir |
Sebahagian daripada keluarga Sop |
Baca blog ker? Mestilah main game.. :) |
EmoticonEmoticon