10 August 2013

Diari Aidilfitri 2013 - Raya kedua

Selamat sejahtera dan salam Aidilfitri kepada semua rakan.

Masih meneruskan aktiviti Raya?
Diari Aidilfitri Sop diteruskan dengan Raya kedua yang mana Sop masih berada di Kuala Terengganu. Aktiviti Raya kedua tidak beza dengan Raya Pertama yang boleh dibaca di entry Diari Aidilfitri 2013 - Raya Pertama.

pulut nyor
Pulut kelapa
Aktiviti 2 Syawal dimulakan dengan bersarapan di rumah. Menu istimewa emak Sop hari ini ialah pulut kelapa. Anda biasa makan? Pulut yang dimakan dengan kelapa dan ikan goreng ini agak lama tidak lama disediakan oleh emak Sop. Di warung-warung masih banyak ada dijual pulut kelapa ini. Menu sarapan yang cukup popular juga di Terengganu.

Selepas bersarapan, aktiviti Raya diteruskan dengan beraya ke rumah-rumah adik-beradik Sop serta saudara mara. Masih terdapat beberapa rumah saudara mara yang belum sempat kami singgah semalam.

potret famili
Potret famili
Semasa di rumah kakak Sop, kami sempat berkumpul keseluruhan ahli keluarga Sop dan aktiviti bergambar dapat dijalankan kecuali anak saudara Sop seorang sahaja tiada kerana tidak dapat cuti beraya. Bukan mudah untuk mengumpul semua ahli keluarga untuk bersama-sama dan bergambar bukan? Jika keluarga besar, lagi susah rasanya. Masing-masing ada komitmen yang menyukarkan untuk beraya bersama-sama. Contohnya Sop sendiri akan bergilir-gilir balik beraya dengan Mrs Sop. Tahun ini giliran balik beraya ke kampung Sop dahulu.

Selepas solat Jumaat, aktiviti beraya diteruskan dengan melawat rumah bapa dan emak saudara Sop sehingga petang. Masa pada hari Jumaat agak terhad, jadi kami tidak dapat beraya lebih panjang. Namun begitu, rumah-rumah wajib kunjungi telah kami beraya.

Alhamdulillah, tahun ini kami dapat beraya di kampung Sop dengan lancar. Cuaca sangat baik dan kesihatan pun bagus. Malah, Sop berkesempatan berpuasa di kampung selama 3 hari. Bukan mudah untuk mendapat semua itu bukan?

Setelah 5 hari berada di kampung Sop, esok kami akan kembali ke Kuala Lumpur untuk beraya dengan keluarga Mrs Sop pula. :)

Anda bila balik dari kampung?


EmoticonEmoticon