Auni dan kereta mainan baterinya
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Kereta mainan yang menggunakan kuasa bateri ini telah dibeli zaman Azfar dan Azwar masih kecil. Agak lama tersimpan di bilik kerana telah rosak dan tidak berfungsi. Kemungkinan masalah bateri tetapi Sop tidak begitu pasti.
Banyak juga kenangan kereta mainan bateri ini bersama Azfar dan Azwar yang mana sering dibawa ke Tasik Titiwangsa untuk riadah dan santai. Harga dibeli ketika itu ialah RM400. Sekarang mungkin lebih murah kerana kelihatan banyak dipasaran.
Bergaya dengan kereta mainannya |
Macam lah pandai sangat bawa :) |
Setiap kali balik dari rumah nenek, pasti kereta mainan itu yang dicari dahulu. Dapat bermain kerjab, ok lah :) Abang-abang jangan hendak kacau naik, ini kereta mainan Auni yang punya. Bising jika dia tidak dapat naik.. Heheheh
Buat masa ini belum sempat untuk membaiki kerosakan kereta mainan tersebut. Bagi Auni naik secara manual sahaja lah. Bagi abang-abangnya tolak dahulu. Hehehe
Jika di pasar raya, biasa ada sewaan kereta mainan bateri ini bukan?
Galeri gambar:
Nak balik kampung ke tu? Hehehe |
EmoticonEmoticon