Pertama kali motor naik lift ke parking
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah naik lift untuk parking motor?
Jika orang naik lift adalah perkara biasa bukan?
Selalu juga ada lift untuk parking kereta seperti Plaza GM.
Tetapi untuk parking motor perlu naik lift adalah perkara jarang berlaku.
Cam pelik jer motor naik lift :) |
Rupanya parking motor pekerja terletak di B2 yang mana perlu menggunakan lift untuk ke situ. Pengalaman yang cukup mengujakan kerana pertama kali naik lift bersama motosikal. Bukan senang hendak jumpa bukan?
Hotel Royal ini terletak di kawasan yang padat dengan bangunan. Ruang parking kenderaan juga terhad. Bagi mereka yang menggunakan kereta perlu menggunakan khidmat 'joki' untuk parking kenderaan. Ia terletak dibangunan sebelah hotel. Jika parking sendiri, agak jauh untuk berjalan ke Hotel Royal kembali. Oleh sebab itu, Hotel Royal menyediakan khidmat 'joki' untuk membantu meletak kenderaan. Kos 'joki' ialah RM 10.
Tiada review tentang Hotel Royal ini kerana Sop tidak menginap di sini.
Anda ada pengalaman naik lift dengan motosikal?
Sop pernah lihat motosikal berada di tingkat 10 flat (depan rumah). Itu mesti kes bawa naik guna lift penumpang biasa. Rosak-rosak! Lainlah jika lift tersebut khas untuk motosikal seperti Sop guna tersebut. Sop rasa lift tersebut dulunya untuk parking kereta berdasarkan saiz lift tersebut.
Tunggu lift terbuka |
EmoticonEmoticon