Pengalaman Azfar dan Azwar berpuasa penuh
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Mendidik anak berpuasa menjadi cabaran kepada ibubapa. Pertamanya ibubapa perlu menerangkan kenapa anak-anak perlu puasa, kemudian perlukan yakinkan mereka boleh berpuasa. Tahniah kepada ibubapa yang telah berjaya melatih anak-anak berpuasa penuh sejak kecil lagi.
Berbuka setelah puasa penuh hari ini |
Bermula hari pertama Ramadan lagi, Azfar dan Azwar telah dilatih untuk bersahur. Kesian juga kerana kelihatan sangat tidak selesa bangun bersahur tetapi paksa juga. Untuk hari ke lima ini, kelihatan Azfar dan Azwar bersahur dengan baik walaupun masih susah untuk bangunkan mereka :)
Hari pertama hingga hari ketiga, Azfar dan Azwar punyai cerita tersendiri apabila berpuasa setengah hari. Balik sekolah, neneknya tidak sanggup melihat Azfar dan Azwar lemah berpuasa. Sayang anak berbeza sayang cucu bukan?
Semalam, Azfar dan Azwar cuba berpuasa di bawah pengawasan Sop. Prestasi Azwar berpuasa hanya sampai jam 1 sahaja apabila beliau mula mengadu kelaparan. Manakala Azfar berpuasa sehingga jam 2 petang apabila mengadu tidak tahan lapar. Ia bermula apabila Azwar mula makan dan sejak itu Azfar mula tidak tahan dan mahu berbuka.
Bermain tablet dapat melupakan lapar berpuasa |
Selepas Zohor, kami minta Azfar dan Azwar tidur untuk berehat tetapi hanya Azwar yang tidur. Azfar tidak berjaya tidur kerana beliau jarang tidur di siang hari. Ketika bosan, Azfar mula tunjuk rasa lapar dan hendak berbuka. Kata-kata semangat diberikan sehingga berjaya hingga ke petang.
Layan Candy Crash |
Dua hari cuti ini bolehlah kami memantau dan beri semangat untuk berpuasa tetapi esok entah bagaimana. Harap Azfar dan Azwar mampu berpuasa penuh juga esoknya. Amin
EmoticonEmoticon