09 June 2013

Program cuti sekolah - Go Genting Highland

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Cuti sekolah kini berada di penghujungnya. Isnin ini anak-anak akan bersekolah kembali setelah 2 minggu bercuti. Suasana di jalan raya akan kembali sibuk terutamanya di Kuala Lumpur.

Aktiviti cuti sekolah kami untuk minggu ini ialah melepak di Genting Highland. Seperti semua tahu, setiap kali musim cuti pasti ramai yang akan ke Genting Highland. Walaupun tidak bermain di Taman Tema, lepak-melepak di Genting Highland pun sudah cukup sambil menghirup udara segar.

Kami agak lewat ke Genting Highland semalam kerana pada sebelah pagi, Sop ada acara untuk blogger. Selesai acara tersebut, baru kami bertolak ke Genting Highland. Agak lewat juga untuk ke Genting Highland tetapi nasib Kuala Lumpur ke Genting Highland tidak jauh.

Cuaca yang cerah
Semasa kami sampai, cuaca masih baik tetapi selepas itu hujan mula turun. Apabila hujan, pengunjung Genting Highland lari mula masuk ke ruang dalam bangunan. Kesesakan makin bertambah :)

Kad eZiCash Genting Highand
Untuk kali ini, kami hanya bermain di pusat permainan biasa sahaja. Baru tahu yang Genting Highland tidak menggunakan token lagi. Semua permainan termasuk permainan funfair juga menggunakan kad eZiCash. Ini adalah kali pertama kami menggunakan eZiCash.

Sungguh mudah menggunakan kad eZiCash ini kerana tidak perlu membawa token banyak-banyak dan urusan bermain juga mudah. Kesannya, kredit pun abis cepat! Hehehe

Pusing, jangan tidak pusing :)
Azfar dan Azwar memang seronok bermain permainan tersebut tetapi tidak sangka Auni juga seronok hingga tidak mahu berganjak. Padahal Auni bukan bermain guna kredit pun, hanya pegang-pegang sahaja. Tetapi tetap tidak mahu berganjak!

Setelah penat melepak, akhirnya kami bertolak balik pada jam 8.00 malam. Ketika itu, hujan telah reda.

Galeri gambar:











EmoticonEmoticon