Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Panjang sungguh! |
Bakal bikers? |
Kami tiba pada jam 3.00 petang di Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang. Cuaca panas tidak menghalang pegunjung untuk melihat pameran dan pusat jualan. Keasyikan melihat kenderaan yang dipamerkan menyebabkan kami lupa tentang cuaca panas :)
Kalau Sop dapat sebijik boleh bergaya sakan nih :) |
Merujuk kepada tentatif Pameran Art Of Speed, Citta Mall, didapati banyak acara menarik yang disediakan. Namun kami tidak mengikuti sepenuhnya tentatif tersebut. Kami hanya singgah untuk melihat kenderaan pameran dan bergambar.
Sumber |
Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang ini menyediakan pemeran pelbagai jenis motosikal dan kereta. Banyak motosikal yang belum pernah Sop lihat boleh didaapati di sini. Motor-motor antik, ubah suai dan berkuasa tinggi juga dipamerkan. Bukan peminat motosikal juga pasti teruja untuk melihatnya :) Selain itu, pusat-pusat jualan barangan mtosikal turut ada dijual.
Selepas ini, bolehlah Sop selalu hadir ke pameran-pameran seperti ini kerana Sop sudah ada geng! Hehehe
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon