Selamat sejahtera kepada semua rakan.
|
De Baron Resort, Kuah, Langkawi |
Seperti entry yang dinyatakan sebelum ini, Sop kini sedang
bercuti di Langkawi bersama keluarga. Tiada banyak perkara yang menarik untuk dikongsi kerana aktiviti kami tidak begitu penuh. Percutian ini hanya untuk bersantai dan berehat sahaja :)
Untuk percutian ini, kami menginap di De Baron Resort yang terletak di Kuah, Langkawi. Ini adalah kali pertama Sop berada di hotel ini. Sebelum-sebelum ini ke Langkawi, Sop banyak menginap di Pantai Chenang. Kami ingin mencuba suasana yang baru dengan berada berhampiran dengan pekan pula.
De Baron Resort, Kuah, Langkawi ini terletak tidak jauh dari Pekan Kuah. Hotel ini berada di tempat yang cukup menarik iaitu berada di tepi kuala dan pekan. Walaupun tiada pantai di kawasan De Baron Resort, Kuah, Langkawi tetapi pemandangan laut cukup menarik.
|
Ruang bilik yang bersih |
De Baron Resort, Kuah, Langkawi adalah hotel yang bersih dan menarik. Ruang bilik sangat bersih dan kemas. Kemudahan yang disediakan juga memuaskan seperti kolam renang yang menarik, WiFi boleh diakses dalam bilik, TV LCV dengan siaran Astro, mini bar, safety box, penghawa dingin dan kipas, jug cattle dan sebagainya.
Kami telah memilih bilik Deluxe Hill View di De Baron Resort, Kuah, Langkawi. Dengan 2 katil queen, ia cukup untuk kami sekeluarga. Jika ambil 2 bilik, agak sukar untuk mengawal Azfar dan Azwar pula bukan?
Setakat ini, kami berpuas hati berada di hotel ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai De Baron Resort, Kuah, Langkawi, sila lawati
http://debaronresort.com
Galeri gambar:
|
Ruang depan De Baron Resort, Kuah, Langkawi |
|
Bangunan baru De Baron Resort, Kuah, Langkawi |
|
Bangunan lama De Baron Resort, Kuah, Langkawi |
|
Katil queen |
|
Ruang bilik yang cukup selesa |
|
Permandangn dari bilik kami |
|
Permandangan Hill View |
|
Bilik air yang bersih |
|
Seronok untuk berehat :) |
EmoticonEmoticon