Laksa Penarak, Dataran Lang, Langkawi
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sampai di Langkawi mesti perkena laksa, baru seronok bukan?
Rasa laksa Langkawi sama seperti laksa utara yang lain cuma suasana sahaja yang berlainan.
Laksa Penarak |
Kawasan gerai Dataran Helang ini ada banyak kedai-kedai cuma kami datang pada hari Jumaat, mungkin banyak kedai tutup. Pengunjung pun tidak terlalu ramai :)
Rasa laksa memang ok. Maklum sahaja laksa Kedah mesti sedap bukan?
Cuma kawasan ini kurang menarik kerana Sop rasa kurang bersih dari segi gerai. Singki air basuh tangan juga telah rosak. Kedai sebelah yang tidak beroperasi (tutup) juga mencacatkan suasana. Kelihatan tidak terurus :) Air takungan kolam yang dibuat sekitar gerai juga beri bau yang kurang menyenangkan.
Walaupun begitu, rasa laksa yang sedap menghilangkan semua itu sebentar. Hehehe
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon