Tidak dapat sertai beberapa jemputan acara blogger
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Mendapat jemputan menyertai acara (event) sebagai blogger adalah sesuatu yang mengembirakan. Masa inilah anda hendak jadi wakil media blogger kan? Hehehe
Jika dulu, apabila wakil media biasanya terdiri daripada pihak akhbar, majalah, TV, radio sahaja tetapi kini blogger juga turut menjadi sebahagian daripada media. Hebat kuasa blogger sekarang ini kerana perkongsian penulisan blog boleh menjadi pemasaran yang terbaik!
Sop akan menyertai mana-mana jemputan acara yang tidak bertindan dengan tugas dan kerjaya. Jika acara sangat penting atau menarik, pasti Sop akan mohon cuti untuk sertainya. Bukan mudah hendak jadi blogger sambilan bukan?
Seronok apabila melihat ada rakan-rakan blogger yang mampu menyertai banyak acara blogger.
Menyertai jemputan acara blogger ini adalah salah satu cara untuk blogger mengembangkan sayap sebagai blogger. Bukan kembang untuk cari nama tetapi untuk menambah kenalan, pengalaman dan sebagainya. Setiap usaha keras kita pasti mendapat balasan yang setimpal bukan?
Kebelakangan ini, Sop terpaksa menolak beberapa jemputan acara kerana bertindan dengan jadual tugas kerjaya dan aktiviti penting. Sedih juga kerana acara tersebut mesti bagus dan menarik!
Cuma diharapkan pihak penganjur/pengurus/pengiklan tidak serik untuk menjemput lagi pada masa-masa hadapan. Jika boleh sertai, Sop biasanya akan berusaha untuk hadir :) Takut juga jika beberapa kali jemput tetapi tidak pernah hadir, mesti akan terkeluar dari senarai nanti bukan? Harap-harap tak macam tu kan? Hehehehe
Terima kasih kerana membaca entry ini :)

EmoticonEmoticon