04 May 2013

Peminta sedekah di kedai makan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Peminta sedekah di kedai makan
Tisu antara barangan yang popular diberikan peminta sedekah
Kita sering didatangi dengan pelbagai jenis peminta sedekah ketika makan dan minum di kedai atau warung. Lagi di situ ramai pengunjung, lagi ramai peminta sedekah yang hadir.

Apabila didatangi peminta sedekah, pasti kita akan rasa kesian dan cuba membantu dengan memberi sedikit sumbangan.

Adakah budaya memberi sedekah ini akan menggalakkan lagi pertambahan peminta sedekah?

Apa yang merisaukan ialah wujudnya sendikit peminta sedekah! Apabila mereka melihat peluang yang tinggi dan hasil yang lumayan, aktiviti yang asalnya budaya bantu membantu telah diambil kesempatan.
Sekarang ini Sop agak sukar untuk memberi sumbangan kepada peminta sedekah kerana merasakan akan menggalakan mereka mengambil kesempatan.

Rasa bersalah juga apabila Sop menolak untuk memberi sumbangan tetapi apakan daya jika masyarakat tidak sokong, budaya ini tidak akan berterusan. Cuma jika Sop rasa mereka peminta sedekah yang tulin sahaja baru diberi sumbangan :) Bagaimana hendak tahu tulin atau sebaliknya? Itu yang menjadi masalah :)

Adakah anda selalu menderma?


EmoticonEmoticon