20 May 2013

BOX Office Cafe Wangsa Walk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

BOX Office Cafe Wangsa Walk
Pernah singgah menjamu selera di BOX Office Cafe Wangsa Walk?
Ini kali kedua Sop singgah makan di sini tetapi kali pertama dahulu nama kedai lain. Mungkin pengurusan baru telah ambil restoran ini cuma perbezaan konsep masih sama iaitu kopitiam.

Pemilihan nama restoran ini sebagai BOX Office Cafe mungkin kerana ia bersebelahan dengan panggung wayang TGV Cinema. Nama yang cukup sesuai bukan?

Menu yang disediakan di sini ialah menu kopitiam dan masakan Cina. Perlbagai hidangan boleh dipilih iaitu nasi, mee, makanan barat dan sebagainya.

Masakan di sini adalah sedap dan menyelerakan. Walaupun harga agak tinggi tetapi kuantiti makanan sangat banyak. Setiap hiadangan boleh dimakan untuk 2 orang. Sop sendiri tidak mampu menghabiskan 1 menu seperti nasi goreng payata yang di pesan tersebut.

Ruang BOX Office Cafe Wangsa Walk ini juga bersih dan kemas. Hiasan yang digunakan cukup menarik dengan konsep kopitiam digabungkan dengan moden. Namun begitu, ciri restoran kopitiam masih terserlah :)

Di BOX Office Cafe Wangsa Walk, kami hanya memesan menu seperti berikut:

  • Pattaya Fried Rice - RM 8.90
  • Kung Pau Prawn Rice - RM 10.90
  • Ipoh Chicken Hor Fun Soup - RM 7.90
  • Coke x2 - RM3.00
  • Kopi Ais - RM 3.50
Jumlah keseluruhan menu yang kami pesan ialah RM 40.95 (termasuk cukai)

Kepada yang menonton wayang atau ke Wangsa Walk, jangan lupa untuk singgah ke BOX Office Cafe Wangsa Walk :)

Galeri gambar:
BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk
  
BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk

BOX Office Cafe Wangsa Walk


1 comment:

  1. gempaknya nama ..huhu..harap nama boxoffice tu setimpal la dengan harga n rasa dia

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon