Restoran Hayaki, Danau Kota, Kuala Lumpur
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah makan di Restoran Hayaki?
Bagi yang pernah singgah di Restoran Hayaki, pasti tahu apa itu Restoran Hayaki :)
|
Jadi model Restoran Hayaki... huhuh |
Restoran Hayaki bukan restoran makan Jepun walaupun nama seperti Bahasa Jepun. Ia adalah restoran atau kopitiam Kelantan :)
Restoran Hayaki menggunakan konsep kopitiam ini tidak berbeza dengan kopitiam lain dari segi design, servis, harga dan menu cuba terdapat beberapa menu tambahan seperti nasi dagang, pukut, nasi bungkus dan menu Kelantan yang lain.
Sop paling suka di Restoran Hayaki ialah nasi bungkus ayam goreng, Memang sedap! Pertama kali merasainya kemudian terus melekat :)
Pada hari tersebut, Mrs Sop cuba nasi dagang tetapi sedikit tidak puas hati kerana nasi agak keras. Mungkin telah kering atau kurang masak. Mohon pihak Restoran Hayaki mengambil perhatian perkara ini.
Restoran Hayaki memiliki beberapa cawangan dan restoran utamanya terletak di Kelantan.
Jika anda belum lagi pernah singgah ke Restoran Hayaki ini, pastikan anda mencubainya :)
Galeri gambar:
|
Restoran yang bersih dan kemas |
|
Menilik menu yang disediakan |
|
Nampak tangan Auni pilih apa? huhuh |
|
Sudah pilih, sila tulis sendiri :) |
|
Cawangan Restoran Hayaki |
|
Sila tekan bell kalau tiada pelayan.. huhuh |
|
Jemput minum :) |
|
Nasi bungkus yang ringkas tetapi sedap |
|
Betul2-betul bungkus tau.. hehhee |
|
Nasi dagang ikan tongkol Kelantan |
|
Anak-anak suka makan roti sahaja :) |
Peta untuk ke Restoran Hayaki Danau Kota:
Lihat Peta yang Lebih Besar
Alhamdulillah, dapat pergi makan dengan anak-anak. Orang kat sini dah mengecur air liur tau! :3
ReplyDelete