Projek Pasang Kabinet Dapur IKEA
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Beberapa entry kebelakangan ini, Sop ada bercerita mengenai IKEA sahaja. Sebenarnya pergi sehari sahaja tetapi entry terpaksa dipecahkan kepada beberapa entry seperti berikut:
|
Projek pasang karbinet IKEA |
Projek sebenarnya ialah pemasangan kabinet dapur IKEA. Ini adalah kali kedua Sop memasang karbinet dapur. Sebelum ini, karbinet dapur IKEA ini telah dipasang tetapi ruang yang berlainan. Jadi tiada masalah untuk pemasangan kali kedua kerana telah mempuanyai pengalaman.
Semasa membuat tempahan barangan di meja bantuan IKEA, pembantu jualan agak heran bagaimana kami tahu barang-barang yang hendak diorder. Biasanya pembantu jualan yang mencadangkan peralatan yang diperlukan berdasarkan maklumat diberikan.
Projek pemasangan berjalan lancar kecuali ketika pemasangan sink. Potongan saiz papan atas menyukarkan proses pemasangan sinki. Agak stress juga ketika itu kerana hasil yang kurang baik. Setelah beberapa kali membuat pembetulan, akhirnya semua selesai.
Projek pemasangan kabinet IKEA ini memakan masa 2 hari tetapi siap sepenuhnya ialah 2 minggu. Huhuhu Sop tersangkut pada sinki dan paip air. Pada waktu malam dan hari Ahad, kerja-kerja pertukangan tidak dibernarkan, Kena tunggu Sabtu minggu berikutnya.
Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan karbinet dapur IKEA, Sop cadangkan anda pasang sendiri. Proses pemasangan tidak sukar tetapi memerlukan peralatan (tools) yang mencukupi. Jika tidak yakin, boleh membuat mendapatkan khidmat kontraktor daripada IKEA.
Pemasangan sendiri sangat menjimatkan disamping boleh mengasah bakat pertukangan. Sekali-sekala bekerja fizikal ini, boleh membantu menyegarkan tubuh badan kita :)
Jom layan gambar:
|
Open box tengok manual dahulu |
|
Ruang asal sebelum dipasang karbinet |
|
Auni yang teruja hendak bantu juga |
|
Add caption |
|
Add caption |
|
Melekatkan pada dinding (ada model percuma situ) |
|
Malas hendak sapu, guna hampagas... hehehe |
|
Pemasangan papan atas dan sinki |
|
Azfar memasang pintu |
|
Berhajat menjadi model :) |
|
Pemasangan aksesori |
|
Siap dipasang |
|
Dari sudut depan |
|
Akhirnya semua siap kecuali pemasangan kepala paip :) |
Lubang untuk sinki tu tuan tebuk sendiri ke, IKEA tolong buatkan?
ReplyDeleteBtw, good job!
lubang tebuk sendiri. sy pinjam mesin gergaji dengan kawan :)
Deleteterima kasih en nazri
bole sy tahu brpe hrga kabinet tu di ikea mase tuan beli?
ReplyDeleteHarga kabinet tu per item. Kotak harga lain, pintu harga lain, sinki harga lain, top harga kain, aksesori harga lain. Total lebih kurang rm2k kalau X silap. Puan boleh dapatkan anggaran harga menggunakan aplikasi ikea design
DeleteHarga kabinet tu per item. Kotak harga lain, pintu harga lain, sinki harga lain, top harga kain, aksesori harga lain. Total lebih kurang rm2k kalau X silap. Puan boleh dapatkan anggaran harga menggunakan aplikasi ikea design
Deleteboleh x encik listkan nama kelengkapan yg basic spt nama sink, kotak, top, pintu n pemegang pintu jika ada kelapangan? terima kasih sgt2
ReplyDeletenama saya tidak ingat. paling mudah puan ke IKEA bahagian dapur, boleh berjumpa dengan pembantu jualan untuk design. automatik senarai peralatan diperlukan dengan harga boleh diprint out.
Deleteapa yg saya buat dulu ialah:
- pastikan panjang kabinet diperlukan untuk tahu jumlah kotak dan top kabinet
- setiap item barangan ada banyak pilihan (warna, bentuk, saiz dan sebagainya) boleh pilih terus di IKEA
- boleh lihat contoh terus di bilik pameran IKEA dan catat untuk pilihan
- sila rujuk dengan pembantu jualan ikea jika ada pertanyaa :)
rujuk http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/kitchen/ untuk maklumat lanjut :)
Deleteterima kasih en sop
ReplyDeletesama2 :)
DeleteCantik. Kabinet ni mesti drill ke dinding ke? Atau mudah alih? Tq
ReplyDeleteDrill pada dinding untuk lekatkan sahaja tidak.bg bergerak. Boleh alih jika hendak ubah
DeleteAssalam..boleh tau brp kos kabinet seperti di atas tu?
ReplyDeleteRM1400 utk kos barangan
DeleteEncik..klo ikea yg tebuk kn sinki tu blh ke
ReplyDeleteX boleh. Tiada perkhidmatan tebuk sinki oleh IKEA
DeleteJika pasang semua kabinet oleh kontraktor dicadang oleh IKEA ada :) sila rujuk dengan IKEA