16 April 2013

Keek - Kongsi video pantas dengan rakan-rakan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Keek.com

Sudah sertai Keek?
Sop baru sahaja sertai walaupun agak lama telah dengar tentang Keek ini. Bukan apa, untuk video agak sukar untuk Sop bina berbanding gambar. Oleh sebab itu, Sop gemar layari Instagram untuk berkongsi dan juga melihat hasil perkongsian rakan.

Banyak betul lama sosial sekarang ini bukan?
Bagai tidak tahu bagaimana hendak guna dan yang paling sesuai.
What is Keek?
Keek is a new kind of social network. It's the easiest way to share video updates with friends. You can upload video status updates ("keeks") using your webcam or the Keek app for Android, iPhone, and BlackBerry. Connect with friends, share funny videos and more. Join the social video sharing revolution!
Baru-baru ini, Sop baru memasang aplikasi Keek pada telefon untuk mencuba sendiri Keek ini.

Pada pandangan Sop, bagi yang suka dengan video pasti gemar dengan aplikasi Keek ini. Ia lebih mudah berkongsi dengan rakan-rakan dan pengikut berbanding Youtube. Proses muat naik juga cepat dan setiap video hanya boleh dirakam maksimum untuk 35 saat sahaja. Oleh sebab itu, setiap video boleh loading dengan cepat dan tidak berat. Paling mudah ialah pengguna boleh terus upload dari telefon melalui aplikasi Keek. Jika tiada telefon pintar, pengguna boleh menggunakan Keek melalui laman web http://keek.com.

Sekarang ini, ramai artis-artis yang mula berkongsi video dengan Keek ini. Tidak terlepas juga blogger-blogger yang popular :)

Bagi yang telah ada akaun Keek, bolehlah follow Sop di http://keek.com/gnesop. Sop akan follow anda balik! Huhuhu Masih belum ada video menarik tetapi akan cuba hasilkan dari masa ke semasa :)

Jom Keek! Hehehe


EmoticonEmoticon