Azfar pula yang demam
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apabila seorang demam dalam keluarga, pasti semua anak-anak berjangkit. Betul tak?
Baru-baru ini Auni yang demam dan kemudian Azwar. Kini giliran Azfar pula. Setakat ini, antibodi Azfar paling lemah kerana jika demam pasti makan masa untuk sembuh. Jika Azwar biasanya dalam masa 1 hari akan sembuh. Begitu juga dengan Auni setakat ini mudah sembuh juga.
Kebiasaan, jika Azfar demam pasti 2 hingga 3 hari baru boleh sembuh. Jika demam, pasti hilang semua mood seperti makan, bermain dan sebagainya.
Sekarang ini bawa ke klinik untuk ambil ubat dan MC. Jumpa doktor adalah sebahagian daripada psikologi untuk sembuh juga. Dari kecil telah biasa dengan apabila demam jumpa doktor. Paling penting sekarang tiada masalah untuk makan ubat :)
Doakan semoga Azfar cepat sembuh yer. Terima kasih
EmoticonEmoticon