Jom berkelah di Celi Chalet, Sungai Kemensah
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Celi Chalet, Sungai Kemensah |
Jika anda ingin menghayati alam sekitar dengan flora dan fauna, berkelah salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan.
Di Malaysia, terdapat banyak tempat perkelahan yang menarik dan selesa. Sungai dan air terjun antara contoh tempat perkelahan yang menarik untuk dilawati.
Jika di Kuala Lumpur, sungai yang paling hampir ialah Sungai Kemensah yang terletak di Hulu Kelang, Sungai Congkak di Hulu Langat dan Sungai Pancing di Selayang. Sungai Kemensah adalah paling terdekat dengan Kuala Lumpur.
Petang tadi kami ke Celi Chalet, Sungai Kemensah untuk membuat tempahan. Sebelum ini, kami pernah ke Sungai Kemersah tetapi menyewa di tempat lain iaitu Teratak Angah. Kami pernah pernah bertanya di Celi Chalet, Sungai Kemensah dulu tetapi selalu penuh. Pengunung ramai ke sini untuk berkelah kerana kemudahan dan keselesaan yang disediakan. Oleh itu, tempahan awal perlu dilakukan,
Di Celi Chalet, Sungai Kemensah, terdapat jenis sewaan yang disediakan iaitu chalet, pondok dan tapak perkelahan. Kos sewaan adalah seperti berikut:
- Chalet - RM 50 untuk sekeluarga (RM 15 extra untuk setiap melebihi dari 1 keluarga)
- Pondok - RM 30 untuk sekeluarga (hanya ada 2 pondok sahaja)
- Tapak berkelah - RM 15 untuk sekeluarga
Beberapa kemudahan asas disediakan di Celi Chalet, Sungai Kemensah ini iaitu tandas dan surau.
Kami suka untuk berkelah di Celi Chalet, Sungai Kemensah ini kerana kawasan yang cukup bersih dan ruang parking yang agak besar.
Kami telah membuat tempahan untuk aktiviti berkelah pada hari Ahad depan.
Kepada rakan-rakan ingin membuat pertanyaan mengenai Celi Chalet, Sungai Kemensah, sila hubungi nombor yang terdapat pada gambar.
Galeri gambar:
Chalet |
Surau |
Elektrik dan kipas disediakan |
Kawasan yang bersih |
Pintu masuk |
Sungai sepanjang chalet |
Suasana redup di bawah pokok |
Harga sewaan |
Kaunter bawah pokok :) |
Bestnya dapat mandi sungai
ReplyDeleteSalam encik..better chalet angah atau chalet celi? Blh berikan jawapan di wassap saya? 019-792 9490...saya tgh plan nak berkelah di sana pada 16/1/16 ni
ReplyDeletelebih selesa di celi chalet jika ikut pandangan saya :)
Deleteokay...terima kasih Encik. tgk review pun lebih selesa di chalet Celi . nampak lebih bersih.
DeleteSalam encik..better chalet angah atau chalet celi? Blh berikan jawapan di wassap saya? 019-792 9490...saya tgh plan nak berkelah di sana pada 16/1/16 ni
ReplyDeletedua lebih kurang sahaja. ada pro and cons salah satunya :)
Deleteheheheheh ada pro and cons ek? utk 16hb ni saya just bbq je, saya pilih angah sbb nmpk tempatnya lebih cantik, tapi kalau bermalam saya prefer celi chalet.
Deleteselamat bercuti yer :)
Deletekat sana mmg x line fon ke
ReplyDeletesetakat ni ok je lain telefon :)
Deletekat sana mmg x line fon ke
ReplyDeletesemua line telefon ada :)
DeleteHi, ada contact number untuk di hubungi tak.. Saya nak tahu tempat ni dah bukak ke belum
ReplyDelete019-377 3413
Delete